Minda Pimpinan | Berilmu Dan Beramal







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أله وَأَصْحَابِهِ، .وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ


Firman Allah SWT :

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya :"Allah akan meninggikan orang-orang beriman dalam kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." 

(Surah Al-Mujadalah : 11)

Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan bagi kita sebagai umat Islam. Kerana dengan menuntut ilmu dapat memperluas pengetahuan kita tentang  sesuatu ilmu. Mengapa kita mesti memiliki ilmu? Kerana hidup tanpa ilmu ibarat tubuh tanpa akal, sehingga bebas melakukan apa sahaja mengikut akal fikiran dan hawa nafsu. Menuntut ilmu juga merupakan salah satu  ibadah  di dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya :"Menuntut ilmu adalah fardu (wajib) bagi setiap Muslim". (HR Ibnu Majah)

Maka dari hadis tersebut dapat kita simpulkan bahawa menuntut ilmu sangat penting bagi setiap manusia,  lelaki mahupun perempuan. Antara kepentingan untuk menuntut ilmu ialah dengan menuntut ilmu ianya dapat meningkatkan keyakinan tentang kewujudan dan kekuasaan Allah. Bukan sekadar mengetahui  tetapi menyakini dan mempercayainya dengan sebenar-benarnya.

Seterusnya dengan menuntut ilmu jugak kita dapat melaksanakan ibadah dan amalan dengan cara yang betul. Hal ini kerana, ianya berpandukan ilmu yang betul dan tidak terpesong. Oleh sebab itu, dengan menuntut ilmulah salah satu cara untuk kita memperbaiki amalan dan ibadat yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, dapat mengetahui dan mengikuti perkembangan ilmu terkini jugak merupakan salah satu kepentingan ilmu. Ilmu yang dituntut dalam diaplikasikan dalam kehidupan seterusnya menjadikan individu tersebut  sentiasa berfikir dan menjadi individu yang mengikut arus zaman yang serba moden ini.

Justeru, kepentingan menuntut ilmu adalah tidak mudah ditipu dan dipermainkan orang lain. Ilmu yang dimiliki individu tersebut membantu dan memandu seseorang itu untuk membuat pilihan dan keputusan  yang tepat  dan tidak mudah tertipu dengan apa jua yang mendatang.

Oleh itu, sedikit pesanan buat semua mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Bumi Mesir, Bumi Anbiya dengan memanfaatkan peluang untuk menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya.

Semoga debu-debu yang berterbangan dibumi Mesir ini menjadi saksi di akhirat kelak atas kesungguhan kita menuntut ilmu. Semoga jihad menuntut ilmu ini diterima-Nya. Sabda Rasulullah :

“Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berjuang fisabilillah sehinggalah dia kembali”. (HR Muslim)

Akhir kalam,
Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad.
(Imam Al-Ghazali)

Mulakan sekecik-kecik langkah agar nanti ia menjadi sebesar-besar natijah. Selamat kembali ke kuliah bersama azam dan tekad baru. Semoga kita semua dipermudahkan-Nya serta berjaya didunia dan akhirat. Amin.

Sekian.


Khairunnisa Binti Saidon
Setiausaha HEWI (Timbalan Unit Pendaftaran) BKPPPM Sesi 2018/2019

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Bersatu Berbakti"
"Biah Berkualiti"
"Fikrah dan Thaqafah Islamiah"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL