Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ( Siri 1 ) MUFTI PERTAMA



Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ( Siri 1 )

MUFTI PERTAMA

Tuan Guru Haji Abdullah Fahim
(Tahun 1951 – 1960)

Nama                   : Abdullah bin Ibrahim
Tarikh                  : Tahun 1869
Tempat Lahir      : Makkah
Tarikh Kematian : 27 April 1961 (berusia 92 tahun)

Latar Belakang Pendidikan

Mempelajari ilmu agama di Makkah dan menguasai Ilmu Usuluddin, Fiqh, Tasawwuf, Tarekat, Tafsir Al-Quran, Hadith, Falak serta ilmu alat seperti ‘Arudh dan Qawafi dalam rumpun sastera arab.

Sumbangan

·         Berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1921 untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsa dari belenggu penjajah.
·         Beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.
·         Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara.
·         Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai Madrasah Al-Daeratul Maarif al-Wathaniyah. Perkataan “Al-Wathaniyah” atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya.
·         Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Beliau telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).
·         Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar alBaqir, pengasas Hizbul Muslimin.
·         Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan dan beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946.
·         Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim Al-Hadi sebagai guru besar.
·         Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun.

Teruskan mengikuti siri-siri Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ini untuk tokoh mufti yang berikutnya.

Anda juga boleh terus ke pautan https://bit.ly/2Uw5JxJ untuk dapatkan risalah lengkap ini yang telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.


Rujukan : BIOGRAFI MUFTI-MUFTI NEGERI PULAU PINANG

Disediakan oleh : Lajnah Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM 2018/2019

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Bersama Bersatu"
"Biah Berkualiti"
"Fikrah dan Thaqafah Islamiah"

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963