MINDA PIMPINAN | KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM KEHIDUPAN




KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM KEHIDUPAN

Alhamdullah, segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T tuhan yang Esa, tuhan yang mentadbir seluruh alam dengan sendiri-sendirinya, selawat dan salam keatas manusia teragung Nabi Muhammad S.A.W, sang pemberi syafaat kepada seluruh umatnya pada hari akhirat
.kelak


Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T, dihidupkan dan diberi tempat 
tinggal diatas muka bumi yang terdampar luas, terdapat pelbagai keajaiban, keindahan serta kenikmatan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T didunia ini untuk manusia hidup diatasnya buat sementara waktu sebelum menjelangnya hari kiamat. Sudah semestinya, bagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini, manusia tidak terlepas daripada memerlukan ilmu pengetahuan, bagi memenuhi keperluan asas dan menyerikan lagi 
kehidupan.

Antara keperluan asas yang diperlukan oleh manusia ialah pendidikan. Pendidikan merupakan satu keperluan asas yang sangat penting bagi manusia. Jika kita selami semula sirah Rasulullah S.A.W, malaikat Jibril sendiri pernah memberikan pendidikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Pendidikan yang diberikan ialah mengajar Nabi Muhammad S.A.W supaya membaca. Surah yang dibacakan ialah surah al-alaq, ayat 1 sehingga 5 yang berbunyi :


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥)

Bacalah dengan nama tuhanmu yang mencipta (1) yang mencipta manusia dari seketul darah (2) bacalah,dan tuhanmu yang maha pemurah (3) yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan (4) ia mengajar manusia apa yang manusia tidak ketahui (5)


Berdasarkan kisah ini, kita mengetahui kepentingan pendidikan kepada manusia sehinggakan Nabi Muhammad S.A.W sendiri diajar dan dididik oleh malaikat Jibril.
Umum mengetahui, sudah sebati perkataan ‘pendidikan” ditelinga para pelajar selaku penuntut ilmu akan tetapi, pendidikan yang pertama yang diterima oleh manusia bukanlah sewaktu di alam persekolahan, akan tetapi pendidikan yang pertama bermula sejak kita celik mata melihat dunia buat pertama kalinya setelah 9 bulan berada di alam kandungan. Oleh itu, pendidikan yang betul dan berkesan sangat penting kepada anak-anak.

Sabda Rasulullah s.a.w:

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ ، أَوْ يُنَصِّرَانِهِ ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya,ibubapa lah yang 
mencorakkan sama ada menjadi yahudi,nasrani atau majusi.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan memainkan peranan 
penting dalam menentukan masa hadapan seseorang di dunia mahupun di akhirat.

Selain itu, pendidikan juga membawa seseorang insan menuju ke menara gading. Secara keseluruhannya, semua manusia yang bekerjaya di atas muka bumi ini menerima pendidikan yang secukupnya sebelum mereka menterjemahkan apa yang mereka belajar sewaktu di alam pekerjaan. Sebagai contoh, tokoh yang tidak asing lagi bagi kita selaku mahasiswa Islam iaitu Sultan Muhammad v atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh. 

Jika kita teladani semula sejarah ini, kita akan dapati Sultan Muhammad al-Fateh sudah mendapat didikan sejak beliau kecil lagi sehingga sekarang dunia mengetahui sejarah agung pembukaan kota Konstantinopel iaitu sebuah kota yang sangat hebat dan gah telah dibebaskan oleh seorang pemuda bersama-sama tenteranya.Pendidikan sangat penting bagi kita untuk kita mengecapi sesebuah kejayaan didunia mahupun di akhirat. Sesuai sengan hadis Nabi Muhammad S.A.W:

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما معا فعليه بالعلم

Barang siapa yang menghendaki dunia,maka ia perlu cara dengan ilmu,barang siapa yang menhendaki akhirat,maka ia perlu cari dengan ilmu,barang siapa yang menghendaki kedua-duanya,maka ia perlu cari dengan ilmu

Kesimpulannya, apa yang boleh kita dapati ialah     pendidikan merupakan aset yang sangat penting bagi setiap manusia,mahupun pendidikan itu secara langsung, ataupun secara tidak langsung

Akhir  kalam, sebagai seorang mahasiswa Islam yang menuntut        
ilmuagama, wajiblah bagi kita untuk tunduk taat dan patuh serta  menghormati barisan guru kita, kerana mereka telah mencurahkan kepada kita ilmu yang sangat tidak ternilai harganya, nilai ilmu yang dicurahkan itu jika hendak dibandingkan dengan nilai emas dan berlian, maka mahal lagi nilai ilmu yang telah mereka curahkan

Kejayaan Bukan Satu Destinasi
Tetapi Merupakan Satu Perjalanan
Semakin Jauh Kita Berjalan,
Semakin Luas Ilmu Pengetahuan Yang Akan Kita Perolehi

MUHAMMAD SYAHIR BIN ABD.RAHMAN
(KETUA LAJNAH PENDIDIKAN SESI 17/18)
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR



Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL