LAPORAN COMBO CAMPAIGN AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN HEWI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2017/2018 DAN PELANCARAN MAFATIH MUZAKARAH BERKELOMPOK

LAPORAN COMBO CAMPAIGN AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN HEWI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2017/2018 DAN PELANCARAN MAFATIH MUZAKARAH BERKELOMPOK


16 November 2017,Telah berlangsung dengan jayanya majlis Combo Campaign Ahli Jawatankuasa Tadbir dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2017/2018 serta pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok di dewan Soleh Al-Masri. Majlis bermula jam 7.15 malam dengan bacaan surah Al-fatihah dan kalam aluan pengerusi majlis oleh saudara Muhammad Faiz Bin Mohd Shafie dan seterusnya disusuli dengan ucaptama oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2017/2018 saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi.

Kemudian, majlis diteruskan dengan pembentangan kempen-kempen daripada Jabatan dan Lajnah BKPPPM. Pembentangan dimulakan dengan Ketua Lajnah Ekonomi oleh saudara Muhamad Akmal Syafiq Bin Mohd Zakian diikuti Ketua Lajnah Perumahan oleh saudara Muhamad  Nur Aiman Bin Mohd Zuki,  Ketua Lajnah Pendidikan oleh saudara Muhammad Syahir Bin Abd.Rahman, Ketua Lajnah Dakwah saudara Muhamad Amer Shafiq Bin Azanuar Yusri dan diakhiri dengan Bendahari Agung saudara Muhammad Syamim Bin Daud.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok oleh saudara Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini. Sejurus daripada itu, majlis ditutup oleh pengerusi majlis dengan bacaan kafaratul majlis dan surah Al-Asr pada 9.30 malam. Majlis berakhir dengan bergambar secara beramai-ramai dan jamuan makan.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada Ahli Jawatankuasa Tadbir & HEWI untuk membentangkan kepada ahli tentang pembawaan jabatan & lajnah masing-masing disamping menjayakan misi dan visi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir bagi sesi kali ini.

Akhirnya, marilah bersama-sama kita membantu, menyokong dan mendokong usaha setiap jabatan dan lajnah dalam menjalankan tanggungjawab mengemudi bahtera BKPPPM kearah kesatuan yang bertunjang prinsip Islam dan harmoni disamping melahirkan mahasiswa yang berintelektual dalam segala aspek..


“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”
“RIBAT UKHUWAH TEGUH WEHDAH”
"FIKRAH THAQAFAH BIAH WEHDAH"

Disediakan oleh,
MOHAMAD HAMIZAN BIN CHE SAB
(Pengarah Combo Campaign Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2017/2018)




Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963