JOM KENALI KITAB..!!

{ KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYAH }

Kitab Syamail Muhammadiyah dikarya oleh Imam Tirmidzi, beliau adalah al – imam al - Hafizh Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa bin adh – Dhahhak as – Sulami at – Tirmidzi al – bughi ad – dharir . Nama gelarannya Abu ‘Isa. Selain itu, beliau merupakan salah satu ahli hadis besar yang menyusun Sunan at – Tirmidzi. Banyak ulama’ di seluruh dunia memberi pujian atas karya at – Tirmidzi ini, yang mampu mengurai keperibadian Rasullullah S.A.W. secara terperinci, melalui hadis – hadis yang shahih. 

Kitab Syamail Muhammadiyah ini menceritakan tentang keperibadian Rasulullah S.A.W dan mengajak kita mengetahui tubuh badan, sifat dan aktiviti - aktiviti harian Rasulullah. Termasuk bagaimana Rasulullah berpakaian, bersikat, bersarung, berserban dan tidak hanya itu, minuman, makanan serta minyak wangi kesukaan beliau juga turut diceritakan. Dalam kitab ini menghimpunkan sebanyak 400 hadis dengan sanadnya sebagaimana kitab – kitab hadis yang lain. Dan dalam kitab ini juga, kita akan melihat perasaan cinta para sahabat r.a terhadap baginda Nabi S.A.W.

Dalam kitab Jam’u I - Wasa’il fi Syarhi s – Syamail, al – Mulla Ali bin Sulthan Muhammad al – Qari (wafat 1014 H) berkata,

“Orang yang menelaah kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam Tirmidzi, seolah - olah dia sedang mengamati dengan teliti seluk beluk peribadi dan kehidupan Rasulullah, dan sedang menyaksikan keindahan yang sangat mulia pada peribadi Beliau.”

Al – Allamah Muhammad Abdur Ra’uf al – Munawiy (wafat 1031 H) berkata,

“Kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam Tirmidzi, adalah satu – satunya kitab yang sempurna mengenai seluk beluk peribadi Rasulullah. Unik susunannya, luar biasa cakupan temanya. Belum ada satu orang pun yang membuat semisalnya atau sebanding dengannya.”


SABDA RASULULLAH S.A.W :

“SESIAPA YANG MENGHIDUPKAN SUNNAHKU,

MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH MENCINTAIKU.

DAN SESIAPA YANG MENCINTAIKU

NESCAYA

DIA BERSAMA – SAMAKU DI DALAM SYURGA”

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#kitaPMRAM

DISEDIAKAN OLEH : BIRO DAN UNIT PENDIDIKAN BKPPPM SESI 2014 / 15

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL