KENYATAAN RASMI YDP BKPPPM BERHUBUNG ISU SURAT UNTUK TIDAK LAYAK MENETAP DI ASRAMA


Bismillahirrahmanirrahim.

1) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dengan ini menafi sekeras-kerasnya keterlibatan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dalam hal ini, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh ISMA Mesir. Perkara ini hanya melibatkan antara BKPPPM dan Muhamad Ruysdan bin Muhamad Yusup sahaja. 

Berkenaan dengan penggunaan letterhead dan logo PMRAM, ini merupakan keselarasan bagi semua badan kebajikan yang bernaung di bawah PMRAM.

Pihak ISMA Mesir seharusnya mendapat penjelasan terlebih dahulu daripada pihak PMRAM dan BKPPPM sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Oleh yang demikian, kami meminta agar pihak ISMA Mesir memohon maaf secara terbuka dan membersihkan nama PMRAM di atas tuduhan yang dilemparkan.

2) BKPPPM adalah persatuan rasmi yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam mengurus dan mentadbir asrama Pulau Pinang dengan menggunakan perlembagaan yang sedia ada. Keputusan yang dibuat ini berdasarkan Perlembagaan BKPPPM dan etika perumahan asrama BKPPPM.

3) Istilah pengusiran amatlah tidak wajar digunakan dalam situasi ini dengan merujuk surat tersebut yang bertajuk “ Makluman untuk tidak layak menetap di asrama “ dan keputusan ini juga adalah pilihan yang dibuat oleh Saudara Muhamad Rusydan sendiri.

Surat tersebut juga dikeluarkan atas permintaan Saudara Muhamad Rusydan untuk dikemukakan kepada warisnya dan surat ini bukan bertujuan menghalau dan mengusir beliau seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan ISMA Mesir.

4) Berkaitan status Saudara Muhamad Rusydan penerima zakat yang sah di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang adalah tidak benar sama sekali kerana tidak ada peruntukan zakat di bawah MAINPP bahkan beliau masih belum memenuhi syarat kelayakan menerima biasiswa pendidikan MAINPP. 

5) Pihak BKPPPM memohon agar semua mahasiswa mendapat penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab sebelum mengulas atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan persepsi yang buruk dalam kalangan masyarakat khususnya di Mesir amnya di Malaysia.

6) Saya selaku Yang Dipertua BKPPPM mengharapkan semua pelajar Pulau Pinang di sini agar bersatu dan bersama di bawah naungan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir dalam memacu agenda pendidikan, kebajikan dan kesatuan.

“ MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN ”

“ BERSATU DAN BERBAKTI ”

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD ZIKRI BIN MOHAMAD ZAKI
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM),
Sesi 2013 /2014

Comments

Azhar Hamzah said…
lalu rusydan disuruh keluar dari asrama kerana memilih ISMA

Pfft
Ustaz Jeff said…
Pmram dan badan kebajikan anak negeri kena terbuka la utk duduk berbincang dgn persatuan pelajar lain. Kalau dah sesama muslim tu tak perlu nak tunjuk kepala besar tak iktiraf persatuan lain.

Cuba jd matang skit..jgn jd budak2 yg kurang pelajaran.

Sesama muslim kuta berkasih sayang dan kpd kafir yg perlu bertegas. Baru kena caranya.
musalas said…
Syok sendiri pmram n bkpppm nih.
lightofourhope said…
Kesimpulannya, jangan kalut mengeluarkan statement dan kesimpulan tanpa kajian dan rujukan dari pihak yang sepatutnya..
suka sangat timbulkan kontroversi,bukan isu matang tak matang

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL