Kenyataan Rasmi PMRAM : Isu Surat Makluman Untuk Tidak Layak Menetap Di Asrama Pulau Pinang, Mesir



Isu surat tidak layak menduduki Asrama Pulau Pinang, Mesir yang digembar-gemburkan oleh media rasmi ISMA Mesirsesungguhnya menimbulkan polemik dan persepsi buruk dalam kalangan pelajar terutama melibatkan PMRAM yang dituduhmelakukan perkara tersebut. Sebagai usaha menjernihkan keadaan yang berlaku, PMRAM tampil dengan mengeluarkankenyataan ini untuk penelitian semua pihak.

Pihak pimpinan ISMA Mesir sepatutnya mendapatkan penjelasan yang terperinci daripada pihak yang berautoriti sebelum mengulas dan membuat kenyataan rasmi kepada pihak luar. Namun, hal demikian tidak berlaku sebaliknya kenyataan terus dibuat tanpa pertanyaan dan penjelasan daripada pihak yang terlibat sekaligus menimbulkan tanggapan buruk dan mencalar maruah serta reputasi PMRAM sebagai persatuan induk anak-anak Malaysia di Mesir ini dan dikenali di peringkat yang lebih meluas sama ada Mesir, Malaysia dan negara-negara yang lain.

Isu sensitif seperti ini sepatutnya ditangani dengan baik dan berhemah lebih-lebih kita mahasiswa Islam yang belajar dan mendalami ilmu agama agar ianya tidak merebak dan menimbulkan ketegangan yang boleh merobek dan memecahbelahkan kesatuan anak-anak Malaysia di sini.
PMRAM sentiasa menasihati cawangan-cawangan yang bernaung di bawahnya agar sentiasa mengambil tindakan yang rasional dan profesional dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku dan bukanlah mengambil tindakan melulu yang memburukkan imej pihak yang lain sebagaimana yang telah dilakukan oleh sesetengah pihak.

Konsep 'tabayyun' ataupun memastikan kesahihan sesuatu maklumat ataupun berita yang sampai kepada kita mestilah dijadikan sebagai akhlak mahasiswa islam sebelum menyebarluaskannya kepada pihak lain agar tidak berlaku salah tanggapan. Oleh yang demikian, Kita PMRAM merasa kesal dengan tindakan yang telah dibuat oleh pihak pimpinan ISMA Mesir yang dilihat secara sengaja cuba memburukkan imej PMRAM di mata masyarakat tanpa usul periksa. 

Kita PMRAM mengharapkan pihak ISMA Mesir menarik balik kenyataan mereka yang mengaitkan secara langsung penglibatan PMRAM dalam isu ini serta memohon maaf secara terbuka kepada PMRAM disebabkan tindakan melulu yang telah mereka lakukan. Kita PMRAM juga mengharapkan agar seluruh mahasiswa supaya mendapat maklumat sebenar dan terperinci daripada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan bukannya terus menghukum dengan hanya mendapat maklumat daripada sebelah pihak. Jadilah mahasiswa yang pandai menilai dan menganalisis maklumat dengan akal fikiran yang waras dan bijak dan bukannya terus menimbulkan spekulasi yang tidak baik dan menambahkan kekusutan yang ada.

Justeru, kita PMRAM menyeru semua pihak agar meneliti dan mengikuti maklumat yang telah dikeluarkan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Pulau Pinang berhubung isu ini dan buatlah pertimbangan dan penilaian sewajarnya berdasarkan mata hati dan bukannya semata-mata emosi dan ego agar isu ini tidak berlanjutan serta boleh menjejaskan keharmonian dan hubungan kita sesama anak-anak Malaysia di Mesir ini.

"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Abdul Aziz bin Ali
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963