MISI MERUBAH NATIJAH 2013




Ø LETAKKAN SASARAN YANG TINGGI

Orang yang tajam akal seperti cahaya lampu suluh yang tajam fokusnya. Langkaunya lebih jauh daripada lampu suluh yang tidak fokus. Orang yang tajam akal selalu merancang dua langkah ke depan. Teladani dari resmi “ TUPAI” yang melompat melangkaui beberapa dahan dan mensasarkan yang tertinggi ( mumtaz ). Andai terjatuh, jatuhnya pada dahan yang kedua teratas (jayyid jiddan).

Ø MEMPUNYAI STRATEGI DAN TEKNIK BELAJAR

Kita seperti Al-mujahidun di medan perang, pasukan yang mempunyai strategi yang hebat akan mencapai kejayaan berbanding dengan pasukan yang tidak mempunyai strategi.

Ø TEKUN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH , TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA!

Usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sunguh melatih minda mendisiplinkan diri.الإجتهاد ولا تكسل

Ø SOAL DIRI DENGAN SOALAN POSITIF

Untuk berjaya, lakarkan sebanyak mungkin persoalan yang positif di minda kita. Soalan-soalan ini akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk mengatasi setiap halangan. CABAR DIRI, TINGKATKAN “STANDART” ANDA.

Ø SIFAT CEMBURU DENGAN KEJAYAAN SAHABAT

Untuk maju, kita mesti cemburu dengan kejayaan sahabat–sahabat kita yang telah berjaya. Jika orang lain boleh kita pasti boleh, jika tidak tahu bagaimana ingin melakukannya maka belajar daripada mereka yang telah berjaya. Buka mulut, bertanya dan bertindak.

Ø TAHU KELEMAHAN DAN KEKUATAN DIRI

Ø MEMPUNYAI TEMPAT SANDARAN

“ Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik tempat sandaran ”
“barangsiapa yang mencari sesuatu dan bersungguh-sungguh, nescaya dia akan mendapat apa yang dicarinya”  

JOM TINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK!!!

Disediakan oleh : Biro & Unit Pendidikan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2012/13

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL