USTAZ REDZUAN DALAM KENANGAN

Ustaz Redzuan dalam kenangan.

KAHERAH, 20 Mac 2013: Kelmarin, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menerima satu berita yang mendukacitakan di atas pemergian Ustaz Mohd Redzuan B. Abdul Wahab, Pegawai Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) atau lebih dikenali dengan Ustaz Wan. Allahyarham telah kembali ke ramatullah pada waktu Maghrib, waktu Malaysia. 

Beliau begitu dikenali oleh seluruh mahasiswa/wi Pulau Pinang di Mesir berikutan saban tahun beliau turut bersama menghantar pelajar-pelajar ke bumi Mesir ini. Sikap beliau yang mudah mesra dan mengambil tahu masalah menyebabkan beliau begitu akrab dengan pelajar-pelajar hingga boleh diibaratkan ayah kepada anak-anak. 

Pemergian Ustaz Redzuan merupakan satu kehilangan besar buat BKPPPM dan anak-anak Pulau Pinang di sini. Beliau yang banyak menyumbangkan tenaga,wang ringgit dan sikap beliau yang mudah untuk berurusan terutamanya dengan mahasiswa/wi di sini. Semua ini adalah untuk memastikan pelajar –pelajar yang mendapat didikan di bumi Mesir dapat menyumbangkan tenaga dan ilmu kepada masyarakat di Pulau Pinang. Kali terakhir beliau datang ke Mesir pada 9 September 2012 dan beliau menasihati agar kita selaku golongan yang mempelajari ilmu agama agar tidak takut untuk kehadapan dan berketerampilan. 

Hari ini pihak BKPPPM telah mengadakan solat jenazah, bacaan Yasin dan Tahlil buat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963