NIDA` DAKWAH : FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA IBADAH YANG SAHIH



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA IBADAH YANG SAHIH


1. Menghadirkan niat dalam setiap perkara yang dikerjakan.

2. Menanam iman di dalam hati dengan beramal dan fokus terhadap ibadah yang khusus.

3. Berusaha mendapatkan rahsia-rahsia ibadah dan mengambil berat dengan pekara batin seperti mengambil   berat akan perkara zahir.

4. Memelihara perkara-perkara sunat dalam wudhuk , taharah ,puasa , sedekah dan lain-lain.

5. Mempelajari awal bab dari Fiqh Sunnah.

6. Membaca kitab- kitab mengenai tazkiyah(penyucian hati).

7. Sentiasa mengingati mati.

8. Sentiasa bermuhasabah diri.

9. Solat di awal waktu.

10. Melazimi solat Jemaah di masjid terutama pada waktu Subuh dan Isyak.

11. Melazimi zikir selepas solat.

12.Melazimi Al-Mathurat pada waktu pagi dan petang.


13.Melazimi membaca Al-quran pada setiap hari(satu juz’).

14.Melazimi solat sunat witir , rawatib dan dhuha.

15.Melazimi puasa pada hari Isnin dan Khamis atau tiga hari pada setiap bulan iaitu 13-14 -15.

16.Beristighfar , berselawat ke atas baginda S.A.W ,bertakbir dan bertahmid sebanyak 100 kali.

17.Menentukan zikir yang tertentu pada setiap minggu.

18.Solat Subuh di masjid dan menunggu sehingga terbit fajar dan menunaikan solat sunat dhuha.

19.Sentiasa mencari yang halal dan menjauhkan yang haram.

20.Ihsan dalam solat (khusyuk , tadabbur setiap kalimah yang diucapkan dan merasakan seolah-olah kita melihat ALLAH).

21.Melazimi bersedekah secara rahsia daripada hasil pekerjaan.

22. Melazimi qiamulail.

23.Membersihkan masjid dan tandas masjid setiap minggu.

24. Memperhebatkan amalan pada hari jumaat (menetap di masjid selepas solat subuh sehingga terbit     matahari - membaca al-mathurat – solat sunat dhuha – membaca surah Al -Kahfi – memperbanyakkan selawat atas baginda S.A.W – membersihkan diri dan mencantikkan diri – bersegera ke masjid – mengharapkan waktu mustajab doa). 

25. Penting mengetahui fadhilat sesuatu amal sebelum melaksanakannya.

26. Fokus pada amalan sekarang tanpa melupakan amalan yang lalu. 

*Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
*Perlu belajar untuk memperbetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
*Tidak melampau atau  berkurang (pertengahan).                                                                                                                                                                          

SUMBER: RISALAH TAA’LIM


DISEDIAKAN OLEH: BIRO DAN UNIT DAKWAH BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR SESI 2012/2013

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL