RUSIA LARANG PELAJAR BERJILBAB


Sebuah sekolah di wilayah Stavropol Rusia Selatan mengeluarkan peraturan yang melarang pelajarnya masuk kelas dengan mengenakan Jilbab, hal ini pun mencetuskan kontroversi bagi penduduk di sana.

Menurut rangkaian televisyen, Rusia 24, kebanyakan pelajar dari sekolah "Zalenokumsk" tidak berpeluang untuk belajar kerana larangan masuk kelas dengan bertudung. Dalam Saluan televisyen tersebut juga di tayangkan rakaman pihak atasan sekolah menghantar siswinya yang bertudung menaiki bas sekolah untuk menghantarnya kembali pulang ke rumah.

Dia berkata, "siswi ini memakai  tutup kepala dan hal ini tidak sesuai dengan peraturan, dan akan dikembalikan ke rumahnya, dan peraturan tersebut ada dalam senarai peraturan tentang syarat seragam sekolah," lalu ia menambahkan, "Ditulis di sini yang dibenarkan dan yang dilarang, dan dilarang untuk memakai pakaian dalam perjalanan dan penutup kepala di sekolah ... ".

Para ulama Islam telah bertemu dengan Jawatankuasa pemerintah yang berkuasa dalam urusan Minoriti agama dan etnik untuk membahas masalah tersebut.

Muhammad Rakhimov, seorang mufti di wilayah Stavropol mengatakan, "kita tidak boleh melarang seorang yang mahu memakai hijab, dan sekolah tidak berhak melarang siswinya masuk sekolah kerana hal itu kerana sekolah adalah pusat pendidikan"

Sumber : http://map2care.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL