MUTIARA THAQAFI EDISI IMTIHAN



AL-AZHARIYYUN… Dengan nama ALLAH RABBUL IZZATI yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Ucapan ASSALAMMUALAIKUM pembuka bicara. Sekadar cebisan bait-bait taujihad di musim imtihan.Menghalusinasi jiwa-jiwa pejuang agamaNYA,. Agar bangkit malah terus bersemangat! Menghadapi sebuah REALITI. 

Wahai para pejuang ALLAH,Hari ini merupakan realiti impian semalam, ingin diimbaskan kembali,masih ingatkah engkau pada janji-janji lalu?. Janji terhadapNYA, janji terhadap kedua orang tua mu yang menanti sebuah kejayaan hakiki penuh pengharapan & kesabaran, janji terhadap seluruh manusia bahawa engkau bakal mewarisi pejuang agama ALLAH. Atau hanya sekadar pemanis bicara?. Masih ingatkah lagi tika engkau tertatih-tatih menelusuri kota MESIR bersaksikan debu-debu dan sunnatullah demi secebis ILMU”, Subhanallah! kuatnya azam ketika itu, tanpa kenal jemu dan putus asa engkau genggam semangat yang tinggi, kerana engkau sedar bahawa engkau antara insan-insan bertuah yang terpilih sebagai tetamu ALLAH mewarisi warisan para Anbiya’, Auliya’ dan ulama’ di bumi barakah ini. Namun, hari berganti hari, bulan berganti bulan, malahan tahun berganti tahun, bagaimana dengan janji dahulu? Adakah masih setia membakar hatimu untuk menuntut ilmu? Ikhlaskah engkau ketika berjanji? 

Jawablah dengan imanmu… 

Wahai pemuda pemudi ISLAM, 

Bangunlah dari kelalaian dan lena syahdumu! sedarlah dari keseronokan dan angan-angan tanpa batasan yang telah engkau cipta sendiri. Di sini bukan tempat untuk engkau bermaharajalela lantaran engkau bebas ke sana sini tanpa kawalan orang tuamu. Di sini bukan tempat engkau menambah nisbah maksiat yang telah banyak engkau alirkan tempat di neraka, bukan juga tempat untuk melalaikan suruhan ALLAH yang 5 waktu hanya kerana urusan dunia yang sia-sia. Mengapa segala amaran ILLAHI yang cuba kau cabar? Mungkinkah kerana kurangnya iman di hati?Atau mungkinkah kerana mahu memberontak?Atau mungkin kerana keberkatan ilmu yang tidak dapat dikecapi.Bukan lama mana engkau bertapak di bumi ini menjadi persoalan. Bukan banyak mana kitab yang telah engkau khatam menjadi pertanyaan. Namun, cukuplah dengan melihat sejauh mana engkau berjuang mencari keberkatan ilmu dengan akhlak terpujimu mengagungkan ALLAH dan mencintai rasulNYA serta agamaNYA. 


Lantas para Mujahid Mujahidah 


Di sinilah tempat engkau mengislah diri dengan mendekatkan diri kepadaNYA.Di sinilah tempat untuk engkau tinggalkan segala dosa dan maksiat yang menggelapkan hati. Peliharalah maruah sebagai pemuda pemudi islam, jagalah akhlakmu sebagai pejuang-pejuang di jalan ALLAH, janganlah kau lebihkan hak yang lain melebihi hak ALLAH kerana dialah segala-galanya dalam hidupmu.Berubahlah dengan imanmu demi islam duhai saudara saudari seislam yang disayangi. Dirimu amanahNYA sebagai pembawa agama yang satu. Bahkan ia menentukan keberkatan ilmu yang kau cari di sini. Tunaikanlah kewajipanmu sebagai hamba, anak, penuntut ilmu dan sebagai masyarakat. Moga ALLAH membuka pintu hatimu dengan petunjukNYA dan memberimu kekuatan untuk melangkah meninggalkan kehidupan gelapmu dahulu. Namun ingatlah AZHARIYYUN, segalanya bermula daripada kesedaran imanmu untuk engkau memulakan langkah barumu itu. ~Salam imtihan~ 


جاهدوا أهواءكم كما تجاهدون أعداءكم 

“BERJIHADLAH KAMU MENENTANG HAWA NAFSU SEBAGAIMANA KAMU BERJIHAD MENENTANG MUSUH”. 


Disediakan Oleh: BIRO & UNIT PENDIDIKAN BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR sesi 2012/2013

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL