LAPORAN DAURAH KITAB MUQADDIMAH HADRAMIAH


KAHERAH, 23 Mac 2012 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM ) telah berjaya menganjurkan daurah kitab Muqaddimah Hadhramiah melalui Biro & Unit Pendidikan BKPPPM. Daurah ini berlangsung selama lapan hari iaitu bermula pada 6 Februari 2012, dan berterusan sehingga 9 Februari 2012. Kemudian disambung pada siri yang kedua pada 19 Mac hingga 22 Mac 2012.

Daurah kitab Muqaddimah Hadhramiah ini disampaikan oleh Ustaz Shahrizan Mohd Hazimie, selaku Mantan Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Daurah kitab ini bermula pada waktu pagi. Kemudian disambung semula selepas waktu asar.

Daurah ini ditutup secara tidak rasmi oleh Yang Dipertua  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dengan sedikit kalam penutup seterusnya acara penyampaian cenderahati kepada pengisi. Daurah tamat pada pukul 5.30 petang dan sedikit jamuan untuk para hadirin.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL