Ijtima’ Fasilitator PMRAM Momentum Acuan Dai'e

KAHERAH, 4 Mac - Lajnah dan Unit Dakwah & Pembangunan Insan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sekali lagi telah menganjurkan Ijtima’ Nuqaba’ kebangsaan  kali terakhir sebelum Muktamar PMRAM pada 27 Februari .
 
Program yang disusun khusus untuk nuqaba’ dan naqibat itu diselia sepenuhnya dibawah Jabatan Fasilitator PMRAM. Program ini bertujuan untuk mengumpul kekuatan nuqaba’ dan menyelaraskan gerak kerja Muzakarah Berkelompok setiap cawangan
Kehadiran pada kali ini mencecah bilangan 372 orang dari seluruh cawangan BKAN dan DPM.
 
Pada awal paginya dimulakan dengan slot diskusi kitab oleh Ustaz Zahari bin Ali yang bertajuk “Lasna Fi Zaman Abrahah“ karangan Dr. Raghib As-Sarjani
 
Kitab ini membahaskan tentang kewajipan individu muslim dalam menolong agama Allah di era ini.
 
Program diteruskan lagi dengan slot GKB yang membincangkan permasalahan yang berlaku disekitar muzakarah berkelompok serta penyelesaiannya. Beberapa kumpulan  telah dijemput untuk membentangkan penyelesaian yang dibincangkan.
 
Seterusnya slot yang kedua dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil yang bertajuk “Peranan Nuqaba’ menurut kacamata Sa’id Hawwa
 
Manakala pengisian terakhir oleh Ustaz Mukri bin Ibrahim yang membentangkan Wasail Tarbiyah (wasilah-wasilah tarbiah) berdasarkan karangan Dr. Ali Abdul Halim Mahmud.
 
Program diakhiri dengan ucapan dari pengarah Saudara Abdul Hakim Sazali dan seterusnya dirasmikan oleh Timbalan Presiden PMRAM Saudara  Abdul Aziz Ali. 
 
" Program seumpama ini merupakan satu lapangan medium dalam memberikan pencernaan minda sebagai penyediaan seorang dai'e yang mampu berkhidmat bersama masyarakat kelak" ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali dalam ucapannya.
 
Bersempena program ini juga, PMRAM telah melancarkan Tabung Bantuan Syria yang berjaya mengutip sebanyak LE 875.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963