Yuran Markaz Bahasa Al-Azhar : Utamakan Keselamatan Pelajar

KAHERAH , 30 Jan - Pelajar markaz bahasa Universiti Al-Azhar dinasihatkan untuk berusaha bagi menjelaskan yuran Markaz Bahasa Al-Azhar.
 
Perkara ini berikutan daripada keadaan keselamatan pelajar bagi memohon visa pelajar di Mesir.Visa pelajar merupakan perkara serius yang harus diutamakan agar tidak melanggar undang-undang keselamatan di Mesir.
 
Pengesahan perakuan pelajar hanya akan diberikan kepada pelajar yang telah menjelaskan yuran markaz bahasa kepada pihak pentadbiran maka selagi mana tidak dijelaskan bayaran pengesahan tersebut tidak akan dapat dikeluarkan .
 
Bagi membantu pelajar-pelajar Markaz Bahasa, Pihak PMRAM telah berusaha dengan mengadakan perbincangan dengan WAAG yang merupakan institusi yang bertanggungjawab menguruskan hal yang berkaitan dengan yuran markaz bahasa .
 
Pertemuan dengan pihak EME juga telah diadakan dan pihak EME bersetuju untuk mengeluarkan surat sokongan bagi pelajar-pelajar yang ingin meminta sumbangan.
 
Namun demikian, pihak PMRAM terus berusaha bagi membantu menyelesaikan masalah yuran pelajar markaz bahasa tersebut.
 
" Kita memohon agar sebarang permasalahan ahli tentang kesukaran untuk menjelaskan yuran tersebut diadukan kepada Exco Pendidikan PMRAM Cawangan masing-masing" ujar Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011, Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL