Mahasiswa Islam Perlu Menulis - Presiden PMRAM



KAHERAH, 1 Feb - Keberkesanan medium penulisan kini semakin boleh diterima oleh masyarakat tidak kira daripada pelbagai latar belakang.
Kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat dewasa kini memberi peluang kepada kita dalam mengaplikasikan dakwah kepada khalayak umum.
 
Tidak mustahil melalui platform penulisan juga, mampu melestarikan ilmu pengetahuan dalam teori dan praktikal.
 
Kelahiran penulis muda bukanlah satu perkara yang asing masa kini kerana percambahan ideologi dan prinsip membantu peningkatan yang semaksima mungkin dalam arena penulisan tempatan dan global.
 
Peringkat PMRAM juga tidak memandang enteng keperluan ini apabila berjaya menganjurkan " Seminar Penulis Azhari " pada Isnin yang lalu dengan kerjasama PTS Media Group.
 
" Jadikan penulisan sebagai satu rutin harian bagi generasi mahasiswa Islam. Ini kerana satu kewajipan bagi kita sebagai mahasiswa berkongsi serba sedikit ilmu dipelajari kepada masyarakat diluar sekaligus dapat dikongsikan bersama manfaat " ujar Presiden PMRAM dalam ucapan perasmian pembukaan Seminar Penulis Azhari yang lalu.
 
"Penulisan mampu membuka idea dan corak pemikiran lebih kreatif dan kritis untuk perkongsian bersama pembaca" tambah beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963