Daurah Kitab Muqaddimah Hadhramiah - Pendedahan Awal Fiqh `Ibadah


KAHERAH,  9 Februari 2012 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Berjaya menganjurkan sebuah lagi daurah kitab Muqaddimah Hadhramiah melalui Biro & Unit Pendidikan BKPPPM. Daurah ini berlangsung selama empat hari iaitu bermula pada 6 Februari 2012, dan berterusan sehingga  9 Februari 2012.

Daurah kitab Muqaddimah Hadhramiah ini disampaikan oleh Ustaz Shahrizan Mohd Hazimie, selaku Penasihat  Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Daurah kitab ini bermula pada waktu pagi dan kemudiannya disambung semula selepas waktu asar.

Daurah ini ditutup secara tidak rasmi oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dengan sedikit kalam penutup seterusnya upacara penyampaian cenderahati kepada pengisi. Daurah tamat pada pukul  5.15 petang.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL