Syariah: Makna dan Dasarnya
Di dalam melaksanakan syariah Islam di dalam negara, terdapat aulawiyat yang perlu dipatuhi oleh mereka yang diizinkan Allah memegang tampuk kekuasaan.Berikut adalah sedikit perkongsian yang diolah kembali daripada rakaman temuramah bersama Dr Yusof al-Qardhawi di bawah tajuk “Syariah: Makna dan Dasarnya,” menerusi rancangan Syariah Dan Kehidupan, saluran al-Jazeera.
Muqaddimah
Terlebih dahulu beliau mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di Mesir yang telah berjaya menjalani pilihanraya dengan ketiga-tiga peringkat dan memilih calon-calon yang disokong oleh sebahagian besar rakyat.Tidak mungkin seluruh semuanya manusia bolehbersepakat di atas suatu perkara, ini sememangnya tabiat manusia.Maka, jika sebahagian besar manusia menyokong, sudah menandakan satu kebaikan, Insya Allah.Beliau mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka mendapat petunjuk dalam melalui peringkat yang seterusnya.
1) Takrif syariah:
ما شرعه الله لعباده من الأحكام
“Segala perkara yang Allah syariatkan kepada hambaNya, daripada hukum hakam.”
Ada di antaranya suruhan dan ada pula larangan. Ada di antaranya yang
berkaitan dengan ( كيفية العمل ) ‘cara beramal’ dan dinamakan sebagai (
فرعية وعملية ) ‘cabang dan amalan.’ Ilmu yang berkaitan dengannya
dinamakan sebagai ilmu fiqh, syariah dan hukum. Dan ada pula yang
berkaitan dengan ( أصل العمل ) ‘dasar amalan’ dan dinamakan sebagai (
أصلية واعتقادية ) ‘usul dan pegangan.’ Ilmu yang berkiatan dengannya
dinamakan sebagai ilmu kalam, tauhid atau aqidah
2) Syariah dan agama:
Jika berdasarkan takrif di atas, syariah itu sendiri adalah agama.
Namun sebahagian ulama membezakan antara penggunaan kalimah syariah
kepada maksud yang lebih khusus, iaitulah hukum hakam fiqh.Sebagaimana
di al-Azhar dinamakan kuliah yang menumpukan pengajian fiqh sebagai
kuliah syariah, dan kuliah yang mengaji akidah dinamakan kuliah
usuluddin. Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikuhul Azhar pernah mengarang
sebuah kitab bertajuk “Islam itu Aqidah dan Syariah.”
3) Kenapa Allah turunkan Syariah?
Firman Allah taala:
لقد أنزلنا رسلنا بالبينات وأنزلنا معهم الكتاب والميزان ليقوم الناس بالقسط
كتاب أنزلناه إليك لتخرج الناس من الظلمات إلى النور
Allah taala maha kaya daripada hambaNya, Dia tidak berhajat kepada
sesuatu daripada hambaNya. Di dalam ayat pertama disebut: “Agar manusia
menegakkan keadilan,” ayat kedua “Mengeluarkan manusia dari kegelapan
kepada cahaya.”
Secara ringkasnya, syariah adalah:
كل ما يهدى الناس في الحياة إلى الطريق القويم والتوازن
Setiap perkara yang menyusun kehidupan dan memandu kepada jalan yang
lurus dan sistematik, itulah tugasan syariah, agar mereka mendapat
kebaikan di dunia, dan di akhirat.
4) Sumber-sumber syariah:
Syariah diambil daripada dalil-dali syarak. Terdapat dua jenis dalil:
pertama dalil yang disepakati. Iaitulah al-Quran yang merupakan sumber
yang paling utama, kemudian sunnah, ijmak dan qias. Jenis yang kedua
pula dalil yang terdapat perselisihan antara ulama seperti amalan umat
terdahulu, masaleh mursalah, istihsan, uruf, istishab dan sebagainya
(rujuk kitab-kitab usul fiqh) Semua sumber-sumber ini sudah memadai bagi
menyelesaikan setiap permasalahan manusia.
5) Apakah perkara yang ( الثابت ) ‘tetap.”?
Perkara yang ( الثابت ) ‘tetap’ dan tidak akan berubah adalah yang
berkaitan dengan akidah, ibadah yang asas, akhlak-akhlak yang utama,
nilai murni dan perkara (الرذائل ) ‘yang dipandang keji’, halal dan
haram, perkara-perkara yang dasar yang berkaitan dengan individu,
mencari pekerjaan halal, berpakaian menutup aurat, makanan halal,
hubungan antara suami isteri, kaum kerabat, hak-hak asas masyarakat,
pemerintah, rakyat dan sebagainya. (Yakni perkara yang sudah diijmak dan
bukan tempat ijtihad)
6) Apakah perkara ( المتغير ) ‘boleh berubah’ dan syarat-syaratnya?
Perkara yang ‘boleh berubah’ adalah selaindaripada perkara
sabit.Iaitulah yang bukannya dari masalah akidah, ibadah, akhlak-akhlak
utama, bukan juga dari hukum qatie yang tidak menerima sebarang
perubahan, seperti masalah pewarisan harta yang sudah disebutkan secara
jelas di dalam al-Quran dan hadis, kerana sudah disepakati oleh seluruh
umat.Perkara sabitini tidak menerima perubahan atau ijtihad.
Perkara mutaghayyir adalah cukup banyak iaitulah segala perkara yang
boleh dimasuki ijtihad.Ia dikaji di dalam ilmu fiqh dengan perbahasan
yang cukup meluas. Daripada sini timbulnya perubahan fatwa. Fatwa boleh
berubah mengikut 4 perkara: masa, tempat, uruf (adat setempat) dan
keadaan.
Jadi di sana terdapat perkara yang boleh berubah, dan ada perkara yang
tidak berubah, Iaitulah perkara yang menjadi dasar dan asas agama.
7) Perlaksanaan Syariah
Sebahagian manusia apabila mendengar kalimah undang-undang syariah
terus rasa takut.Seolah-olah syariah tidak mampu memberikan
keadilan.Sebenarnya syariah adalah amat bertepatan dengan nas dan akal
manusia.Ia akan dilaksanakan sebagaimana dilaksanakan undang-undang
biasa. Bukan bermakna apabila kita mahu melaksanakan syariah terus kita
memotong tangan pencuri. Saya berpendapat perkara ini tidak akan boleh
terus dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun yang terdekat. Kita sebenarnya
amat berhajat untuk mendahulukan perlaksanaan dasar, yang berkaitan
dengan akidah, akhlak, ekonomi, ilmu tentang syariah.Terdapat dua juta
penduduk jalanan di Mesir sekarang, yang tidak mempunyai pendidikan.
Adakah apabila kita melaksanakan syariah kita terus akan memotong tangan
mereka? Terlebih dahulu kita perlu mengajar mereka, memberi pemahaman,
memenuhi keperluan terhadap perkerjaan, pengetahuan, dan keperluan
asas.Semua ini perlu dilaksanakan sebelum dilaksanakan hudud.Bukankah
Nabi memulakan dakwahnya dengan membetulkan akidah dan menanam pemahaman
selama 10 tahun di Mekah.Baginda terlebih dahulu menjelaskan halal dan
haram, membersihkan jiwa dan mempersiapkan manusia untuk melaksanakan
syariah. Setiap pihak yang akan memegang tampuk pemerintahan amat perlu
memahami perkara ini terlebih dahulu.
8) Berperingkat di dalam melaksanakan syariah
Hukum syariah banyak memberikan contoh kepada tadarruj.Contohnya
pengharaman arak.Arak diharamkan menerusi beberapa peringkat di dalam
beberapa ayat.Lihatlah bagaimana Allah mencipta segala perkara secara
berperingkat-peringkat?pohon anak kecilIni adalah sunnah yang perlu
diraikan. Bukan hudud sahaja syariah Islam. Tetapi banyak lagi hukum
hakam syariah yang lain.
9) Siapakah yang boleh melaksanakan syariah. Negara atau umat
Sebahagian perkara syariah boleh dilaksanakan tanpa memerlukan
kuasa.Contohnya makan, sembahyang, bekerja, semua perkara ini boleh
dilaksanakan mengikut syariah tanpa memerlukan kepada negara.Adakah saya
perlu menunggu perintah makan, baru saya makan?Tidak.Perkara berkaitan
mencari rezeki yang halal mampu saya laksanakan sendiri tanpa
negara.Syariah adalah semua perkara yang berkaitan dengan mukallaf, buat
atau tinggalkan.Adapun perkara besar seperti hukuman hudud, hanyalah
boleh dilaksanakan oleh negara. Jadi, setiap orang melaksanakan apa yang
dituntut daripadanya. Tidak boleh seseorang melakukan perkara diluar
bidang kuasanya.Perintah untuk melaksanakan hudud dituju kepada seluruh
umat.Tetapi yang boleh melaksanakan hanyalah pemerintah. Jika pemerintah
tidak melaksanakan hudud, maka semua akan berdosa. Umat dituntut untuk
memastikan pemerintah melaksanakan hudud.
10) Bolehkan satu golongan melaksanakan hudud sendiri?
Tidak boleh.Tidak boleh sekumpulan manusia melaksanakan hudud
sendiri.Mestilah negara yang melaksanakannya. Firman Allah taala:
يأيها الذين ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم
Ulil Amri adalah ulama dalam bidang kuasanya, dan pemerintah dalam
bidang kuasanya.Pemerintah perlu ditaati di dalam perkara yang Allah
taala perintahkan kepadanya untuk dilaksanakan.Merekalah yang
bertanggungjawab dalam perkara tersebut.Umat pula perlu membantu mereka.
Jika kita menangkap pencuri, kita perlu mengajarkan dia bahawa perkara
ini salah, bagaimana cara mencari rezeki.Kita tidak boleh terus memotong
tangannya sebelum asas-asas ini bertapak kemas.
11) Khilaf antara mazhab
Kebanyakan hukum syariah mempunyai khilaf.Hanya sedikit sahaja yang
tiada khilaf. Sesiapa yang mengkaji ilmu fiqh muqaran akan mendapati
kebenaran kata-kata ini. Setengah orang mengatakan kita perlu berpegang
kepada zahir nas.Tidak.Syariah mempunyai maqasid dan matlamatnya.Maqasid
ini perlu diraikan.
Ibnu Taimiyah melarang orang menegah tentera Tartar minum arak. Arak
diharamkan kepada kita kerana ia menyibukkan kita daripada mengingati
Allah. Tetapi arak adalah lebih baik buat mereka, kerana arak
menyibukkan mereka daripada membunuh.Ini adalah satu contoh pandangan
terhadap maqasid. Seorang muslim perlu melihat dimanakah tarjih. Banyak
pendapat bukan bermakna kita perlu mengambil semua pendapat.Tidak.Bahkan
kita perlu meneliti yang manakah lebih rajih, dan mempunyai maslahah
yang paling besar untuk manusia.
Kisah Ibnu Abbas, datang seorang bertanya kepadanya “Adakah pembunuh
diterima taubatnya?” Ibnu Abbas melihat wajah penanya dan berkata
“Pembunuh tidak diterima taubatnya.”Sahabat-sahabat beliau hairan dan
bertanya kepadanya.Beliau menjawab “Aku melihat mukanya dipenuhi
perasaan marah, dan dia ingin membunuh seorang mukmin.Maka aku ingin
halang dia daripada membunuh.”Maka Ibnu Abbas telah menutup jalan orang
tersebut daripada membunuh.Sedangkan sebelum itu beliau memberi fatwa
bahawa taubat seorang pembunuh diterima Allah.
Daripada sini, para ulama berkata:
الفتوى قبل الابتلاء بالفعل غير الفتوى بعد الابتلاء بالفعل
“Fatwa sebelum sesuatu perbuatan dilakukan, adalah berbeza dengan fatwa selepas sesuatu perbuatan dilakukan.”
Lihat rakaman di dalam :http://www.youtube.com/watch?v=5modTQ70vFg
Disediakan oleh :
Mohd Kamal bin Mansor
Felo MANHAL PMRAM
Comments