Mufti mesir : Parlimen Harus Izinkan Tegakkan Syariat Islam

Parlimen harus mengizinkan untuk menjadikan hukum Syariah Islam sebagai perlembagaan, Mufti besar Mesir Sheikh Ali Jum'aah mengatakan pada pertemuan dengan kelompok aktivis muda pada hari ahad lalu.

"Ini terserah kepada anggota Parlimen untuk menilainya," tambah beliau lagi.

Dalam pilihanraya lalu, parti Islam menang majoriti dalam pilihan-raya tersebut. Parti Kebebasan dan keadilan Ikhwanul Muslimin memenangi 47 peratus manakala Parti Salafi An-Nur memenangi 23 peratus. Kedua-duanya telah mengeluarkan kenyataan tentang hasrat mereka untuk tegakkan undang-undang Syariah.

Syeikh Ali Jum'aah menyatakan bahawa undang-undang Syariah Islam serasi dengan negara awam, dan kemenangan kumpulan Islam dalam pilihanraya parlimen merupakan cermin keinginan rakyat. Dia juga menyeru untuk menyingkirkan perbezaan-perbezaan yang ada dalam rangka untuk bekerja demi kebaikan agama dan negara.

"Dalam kapasiti saya sebagai hakim di antara masyarakat, saya tidak termasuk ke trend tertentu," jelasnya.

Beliau mengatakan demonstrasi damai dibenarkan selama mereka tidak mengganggu aktiviti pekerjaan atau mengganggu lalu lintas. Beliau juga mengecam aksi sekatan jalan dan kereta api.

"Menuntut hak-hak kalian seharusnya tidak merugikan orang lain," katanya dengan tegas.

Beliau menggesa belia untuk membaca mengenai revolusi-revolusi lain dalam sejarah dan belajar daripada mereka.

"Kalian juga perlu menumpukan perhatian kepada kerja-kerja untuk meningkatkan ekonomi kita," katanya kepada mereka.

sumber: http://www.map2care.blogspot.com/

Sumber Disunting : Eramuslim, almasryalyoum

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL