Penulisan Ilmiah Medium Dakwah Kontemporari

KAHERAH , 1 Dis – Setelah hampir dua bulan berlalu, kemuncaknya telah tiba.Pada 24 September yang lalu, Markaz Pengumpulan Hasil Kajian ( MANHAL ) salah satu unit di bawah Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM telah menganjurkan Pertandingan Penulisan Ilmiah.

Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat ahli di setiap peringkat samada BKAN mahupun DPM . Tarikh akhir penyerahan hasil penulisan tersebut adalah pada hari ini 1 Disember 2011.

Fokus objektif penganjuran pertandingan ini adalah bagi menggalakkan mahasiswa Islam dalam membuat pengkajian ilmiah sekaligus dapat membudayakan penulisan sebagai wadah percambahan idea.

Semenjak dibuka dua bulan lepas, sambutan yang diterima dari kalangan ahli sangat menggalakkan, hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah bernilai sekitar LE 1000.


Bagi peserta yang menyertai pertandingan ini boleh terus menghantar karya tersebut ke Pejabat PMRAM untuk siswa dan Markaz HEWI untuk siswi.


"PMRAM mengharapkan agar penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai perintis untuk mahasiswa Islam mengkaji dan menerobos dunia penulisan sekaligus dijadikan sebagai wasilah penyebaran dakwah" ujar Saudara Ahmad Zamzami bin Che Daud selaku Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2011.


Sumber : HEWI PMRAM 

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963