Pencapaian Akademik Tunjang Keilmuwan

KAHERAH, 1 Dis - Dalam memastikan pencapaian akademik dipertingkatkan maka perancangan ke arah matlamat tersebut perlu diatur dengan baik agar kualiti thaqafah dapat direalisasikan.
 
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang merupakan kesatuan mahasiswa Islam di perlembahan Nil juga tidak terlepas daripada memastikan tahap akademik mahasiswa Islam dipertingkatkan sejajar dengan keperluan semasa.
 
Melihatkan keadaan tersebut, Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM telah menyusun kelas intensif untuk mahasiswa agar dapat membantu pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
 
Perlaksanaan kelas tutorial ini telah dibahagikan kepada 2 zon dan matapelajaran yang diajar adalah berdasarkan kepada kelemahan penguasaan mahasiswa mengikut kuliah masing-masing.
 
Tenaga pengajar terdiri daripada mahasiswa Malaysia sendiri dan mempunyai latar belakang pengajian melalui tahap pencapaian akademik .
 
" Kelas tutorial yang disusun adalah mekanisme daripada peringkat PMRAM sebagai wasilah membantu mahasiswa Islam mencapai kejayaan dalam peperiksaan" ujar Saudara Ahmad Daniel bin Mohmed Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.
 
Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL