Optimis Mengejar Cita Dengan Study Group

الوقت كالسيف, فإن لم تقطع قطعك
 
“Waktu itu seperti pedang, maka sekiranya ia tidak dipotong, nescaya ia (waktu) akan memotongmu”
 
Inilah ungkapan yang selalu kita dengar dan pelajari apabila dikaitkan mengenai masa
 
Apa yang pastinya, bahang peperiksaan juga kian dirasai lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan menghadapi peperiksaan.
 
Berbagai-bagai program telah diadakan oleh PMRAM Pusat dan juga PMRAM Cawangan di peringkat BKAN serta DPM masing-masing dalam memastikan bahawa mahasiswa di perlembahan Nil ini terus menempa kejayaan yang cemerlang
 
Antara program yang telah dijalankan oleh PMRAM di bawah Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 ialah kelas tutorial bagi mahasiswa tahun 1 dan 2 sebagai kemudahan awal dalam memahami pelajaran dengan lebih mendalam
 
Justeru, bagi setiap mahasiswa seharusnya menggunakan peluang ini dengan sebaiknya dan terus memberi komitmen yang jitu dalam menggapai kejayaan seterusnya menjayakan agenda pendidikan yang merupakan salah satu usul muktamar PMRAM yang lalu.
 
Dalam mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang, setiap mahasiswa tentunya mahukan teknik-teknik atau kaedah yang berkesan dalam pembelajaran
 
Dewasa kini, terdapat pelbagai kemudahan untuk kita mengecapi kejayaan di mana kita boleh mendapatkan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan atau cara-cara study dengan mudah melalui internet, buku-buku panduan untuk pelajar dan juga melalui motivasi dari pakar kaunseling yang hebat
 
Akan tetapi, malangnya sebahagian mahasiswa pada zaman sekarang tidak melihat bahawa kemudahan yang ada sebagai batu loncatan kepada mereka dalam menempa kecemerlangan akademik.
 
Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM amat menitik beratkan soal kejayaan mahasiswa di bumi barakah ini
 
Justeru, PMRAM menyeru kepada semua agar memantapkan study group di peringkat masing-masing dan tidak hanya tertumpu kepada Kelas Tutorial semata-mata. Ingatlah bahawa setiap kejayaan itu pastinya memerlukan usaha dan tawakal yang lebih kepada Allah subhanahu wa taala.
 
Program yang dilaksanakan oleh PMRAM adalah sekadar membantu para mahasiswa dalam meningkatkan mutu pelajaran tetapi apa yang perlu diingatkan bahawa kesungguhan dan iltizam dalam mengejar cita-cita itu bergantung kepada diri setiap mahasiswa itu sendiri.
 
Bak kata pepatah Inggeris,“Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy”
 
Oleh itu, amat wajarlah kepada mahasiswa berubah dan bangkit dari tidur yang lena untuk menjadi agen perubah masyarakat pada masa akan datang.
 
SHAZAZIERRA BINTI SHARIF
Ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa
Hal Ehwal Wanita Islam [HEWI]
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011
 
Sumber : HEWI PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL