Daurah Kitab Ta'lim Muta'allim Berjaya.


KAHERAH,30 NOV - Daurah kitab Ta’lim Muta’allim berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sambutan daripada ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) amat memberangsangkan iaitu kira-kira hampir 30 orang ahli yang hadir pada sesi daurah yang dianjurkan oleh Biro dan Unit Pendidikan BKPPPM.

Daurah ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Ali, Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2011. Antara yang dibincangkan di dalam daurah kitab Ta’lim Muta’allim ini ialah adab-adab ketika menuntut ilmu, cara-cara mengekalkan hafalan, faktor-faktor yang mengundang kepada lemahnya ingatan dan doa-doa untuk menuntut ilmu dan sebagainya.

Beliau juga menyarankan kepada seluruh yang hadir supaya memahami sedalam-dalamnya apa yang terkandung di dalam kitab ini kerana ia bertepatan dengan situasi kita sebagai mahasiswa Islam yang mendalami ilmu bukan sekadar mengejar segulung ijazah tetapi untuk dimanfaatkan semula ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

Daurah ini berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula pada 29 November dan 30 November 2011. Daurah ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM), Ustaz Muhammad Sarkawi sebagai tanda kenang-kenangan kepada pihak pengisi, Ustaz Abdul Aziz.

Akhir sekali, kami seluruh warga BKPPPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk bersama-sama berkongsi ilmu dengan kami di BKPPPM. Semoga kita bertemu lagi di lain waktu dan ketika.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL