Bantut Serangan AS - Pakistan Hentikan Eksport Bahan Bakar Ke Afghanistan

Pakistan telah menghentikan eksport bahan bakar ke Afghanistan berikutan serangan terhadap pusat pemeriksaan pasukan keselamatan Pakistan - Agensi Mohamand di barat laut Pakistan pada 26 November yang mengorbankan sekurang-kurangnya 24 askar yang mati.

"Ianya satu perkara yang sukar buat kami, namun kami mahu bekalan bahan api dihentikan selama-lamanya kerana mereka telah mewujudkan masalah bagi kami. Kami juga mahu kerajaan tidak bekerjasama dengan tentera AS dan NATO kerana mereka telah membunuh saudara-saudara Islam kami di sini dan di Afghanistan," kata seorang penyokong keputusan ini.

Pegawai-pegawai Pakistan telah menahan lori dan kapal tangki yang membawa bekalan NATO ke Afghanistan melalui laluan lintasan sempadan.

Perdana Menteri Pakistan- Yousuf Raza Gilani mengutuk serangan tersebut manakala Islamabad menolak dakwaan bahawa tentera Pakistan telah melepaskan tembakan pada awalnya dan memaksa tentera NATO untuk membalas tembakan tersebut. Pihak Islamabad juga telah memulaukan persidangan Afghanistan yang diadakan di Jerman

Menurut laporan, kapal terbang dan helikopter AS telah memasukai ruang udara Pakistan tanpa kebenaran sejak beberapa bulan yang lalu, ia dipercayai bakal memburukkan hubungan antara AS-Pakistan.
 

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL