Langkah Pertama Sebagai Mahasiswa

KAHERAH, 22 Nov - Mahasiswa Matrikulasi Bahasa bagi mustawa (peringkat) 1 hingga 6 telah memulakan pengajian mereka baru-baru ini di Ulum Islami al-Azhar, Hayyu Sadis.

Langkah pertama ke dewan kuliah memberikan semangat baru kepada para mahasiswa apabila seawal jam 8 pagi, dewan kuliah telah dipenuhi oleh mahasiwa mahasiswi samada dari Malaysia mahupun negara-negara jiran yang lainnya.

Bagi mahasiswi, kelas pengajian bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari manakala bagi mahasiswa pula bermula pada jam 1 hingga 4 petang.


“Semoga langkah pertama ini menjadi perintis dan semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,"ujar Saudari Shazaziera Sharif, Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa HEWI PMRAM ketika ditemui di Ulum Islami al-Azhar,Hayyu Sadis baru-baru ini.

Barisan Kepimpinan HEWI PMRAM mengucapkan selamat maju jaya dalam menuntut ilmu di Perlembahan Nil ini. Gunakan peluang yang telah diberikan oleh Allah Subhanahuwataala ini dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai misi yang diingini.
Siiru ala barakatillah……

Sumber : HEWI PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963