Kolokium Ilmuan Medan Cambahan Kefahaman



KAHERAH, 23 Nov – Seramai 240 mahasiswa dan 189 mahasiswi telah mengikuti program Kolokium Ilmuan PMRAM anjuran Lajnah (Unit) Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM pada 19 November yang lalu.

Program tersebut diadakan di Dewan Masjid Rabiatul Adawiyah bagi mahasiswa dan Dewan Tok Kenali Rumah Kelantan Baru (RKB) bagi mahasiswi yang menghimpunkan dari pelbagai negeri.

Antara pengisisan Kolokium Ilmuan PMRAM kali ini adalah Konsep Syahadah, Tarbiyah Ruhiyah dan Apa Erti Saya Menganut Islam. Antara pengisi program, Mohd Yazid b Ahmad, Mohd Shafiq Shamimi, Nur Atiqah bt Roslin dan Ibnu Abbas bin Azizuddin

Program yang bermula 9 pagi dan berakhir sekitar 4 petang

Kolokium Ilmuan (Q) sebenarnya disusun dan dilaksanakan atas matlamat dan dasar memberikan kefahaman yang syumul tentang Islam, memberikan kesedaran dan kepentingan akan persediaan yang jitu sebagai seorang da’iemelahirkan pendokong-pendokong yang memahami dan bekerja untuk Islam melalui wasilah organisasi gerakan mahasiswa, menanamkan semangat “Satu Fikrah Satu Amal” dan menyemaikan rasa cintakan PMRAM sebagai wadah gerakan Islam di Mesir.

Majlis diakhiri dengan penutupan Kolokium Ilmuan PMRAM Siri I yang disempurnakan oleh Mohd Faizzudin Ghazali, Naib Presiden I merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM. Turut berucap ketika majlis penutupan tersebut Pengarah Kolokium Ilmuan PMRAM Siri I Abdul Muizz Muhammad.

"Kolokium Ilmuan PMRAM Siri I kali ini merupakan salah satu wasilah tarbiyah yang berbentuk Nadwah. Antara wasilah-wasilah tarbiyah ialah Usrah, Nadwah, Muktamar, Mukhayyam, Katibah, Rehlah dan Daurah. PMRAM melaksanakan keseluruhan wasilah-wasilah ini di dalam pelbagai bentuk dalam setiap aktiviti program-program PMRAM, BKAN dan DPM bagi menerangkan konsep kefahaman Islam yang syumul kepada ahli," ujar Mohd Faizzudin Ghazali, Naib Presiden I merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM


Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL