PMRAM "cakne" Kecemerlangan Akademik Ahli

KAHERAH, 20 NOV - Demi merealisasikan kecemerlangan akademik di dalam peperiksaan yang kian hangat terasa ini, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa telah merencanakan dan menyusun dengan mengadakan kelas tutorial berpusat dan sekarang merupakan fatrah ahli PMRAM memenuhi kelas-kelas tutorial yang telah dijadualkan.


Kelas-kelas tutorial ini menggunakan tenaga pengajar dari kalangan pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan sebelum ini yang mana mereka ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dan memahami dengan baik dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan berdasarkan pengalaman dan kehendak soalan.

Untuk pengetahuan, kelas-kelas tutorial ini telah bermula pada 15 November baru-baru ini bertepatan dengan tarikh secara rasminya segala program dan aktiviti di peringkat PMRAM Pusat mahupun PMRAM Cawangan sama ada BKAN dan DPM dihentikan.

Demi melancarkan perjalanan kelas-kelas toturial ini, seluruh PMRAM Cawangan sama ada BKAN dan DPM memainkan peranannya sejajar demi menjayakan Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2011 di bawah subtopik "Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama".

Diharap kepada seluruh ahli BKPPPM dapat mengambil peluang dengan menghadiri kelas-kelas tutorial yang telah dijadualkan demi meningkatkan tahap kecemerlangan akademik dan dalam masa yang sama beramal dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi dengan ikhlas hati.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL