Jaulah Kepimpinan : Asmilasi Kefahaman Momentum Kesatuan

KAHERAH, 15 Nov - Hubungan baik diantara pimpinan dan ahli merupakan aspek penting dalam mengukuhkan lagi kesatuan yang terbina sekian lamanya.
 
Oleh kerana demikian, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) adalah sebuah persatuan hampir mencecah usia 81 tahun juga terus merangka gerak aktiviti agar dapat turun bersua muka bersama ahli.
 
Kepimpinan PMRAM sekali lagi telah mengadakan jaulah ke beberapa PMRAM Cawangan untuk melihat sendiri keadaan ahli di setiap tempat disamping membuka ruang dan peluang untuk ahli memberi komentar dan cadangan demi memastikan survivor PMRAM terus utuh.
 
Jaulah kali ini bermula pada 12 November ke PMRAM
Cawangan Iskandariah dan PMRAM Cawangan Damanhur seterusnya 13 November ke PMRAM Cawangan Tanta dan 14 November ke PMRAM Cawangan Mansurah yang merupakan destinasi terakhir sebelum peperiksaan fasa pertama.
 
Kerjasama yang diberikan oleh ahli di setiap cawangan samada diperingkat pimpinan cawangan atau ahli begitu memberangsangkan dengan pelbagai lontaran pendapat dan cadangan  telah diberikan kepada kepimpinan PMRAM .
 
Ini jelas membuktikan bahawa PMRAM terus didokongi di atas kefahaman dan  keikhlasan kerana terbinanya kesatuan ini tidak lain semata-mata didasari dengan al-quran dan sunnah.
 
" PMRAM tidak mengharapkan orang yang hebat tetapi orang yang sanggup berkorban untuk PMRAM kerana kehebatan itu boleh dilatih sedangkan kesanggupan itu hanya datang dari hati yang bersih" ujar Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman diakhir pertemuan di PMRAM Cawangan Mansurah semalam.
 
" Penubuhan DPM adalah merupakan inisiatif PMRAM dalam menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di cawangan ternyata  misi dan visi tersebut dapat dilaksanakan sehingga ke hari ini" kata Saudara Mohd Solehuddin bin MOhd Safien pagi tadi selaku Naib Presiden 2 merangkap Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM 2011.
 
Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL