BULETIN IMPIAN ‘11


ISNIN,7 NOV – Di peringkat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) satu program telah diadakan berlandaskan ukhwah dan kesatuan antara Pengajian Islam dan Perubatan yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Program ini dinamakan Ijtima’ Pengajian Islam dan Perubatan (IMPIAN ’11). Berobjektifkan merapatkan ukhwah antara Pengajian Islam dan Perubatan dalam satu kesatuan yang padu selari dengan tema yang dipaparkan pada tahun ini iatu “Ukhwah Dipupuk Tarbiah Dipadu”.
Program yang dijalankan selama sehari suntuk ini berjaya dijalankan dengan jayanya dan sesungguhnya merupakan satu langkah awal untuk memecahkan benteng pemisah antara Pengajian Islam dan Perubatan khususnya ahli BKPPPM.
Kehadiran ahli pada hari tersebut melebihi 100 orang. Majlis dimulakan dengan perasmian pada pukul 8.30 pagi yang dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM. Program IMPIAN ’11 diteruskan dengan slot yang pertama iaitu ForShow (gabungan forum & talkshow) yang disampaikan oleh Ustaz Shahrizan Hazimie mewakili ahli panel dari Pengajian Islam dan dari Perubatan oleh Dr. Amir Syahid Ezani. Kedua-dua ahli panel membentangkan tajuk “Kelahiran Dan Kematian dari Sudut Akidah & Sains”. Kemudian program berhenti untuk beri laluan kepada ahli menunaikan solat zohor dan seterusnya menjamu selera.
Program diteruskan untuk slot yang seterusnya iaitu “Indoor Game”. Ianya terbahagi kepada dua permainan iaitu permainan menguji minda yang mana menguji sejauh mana ahli mengetahui apa yang dipelajari dan berkaitan isu semasa yang dinamakan “Who Want’s To Be A Da’ie”. Yang keduanya adalah permainan untuk menguji kecekapan ahli yang mana mengajar ahli untuk bersedia apabila berhadapan di medan yang sebenar, ia dinamakan “Mahasiswa Khalifah”. Kemudian program berhenti seketika sebelum meneruskan tentatif pada malamnya.
Pada malamnya, berlangsung majlis yang mana kemuncak bagi program IMPIAN ’11. Dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama-sama Barisan Kepimpinan BKPPPM dan ia diteruskan lagi dengan “Ucap Tama YDP” yang mana ianya kali pertama diadakan. Ianya dilaksanakan adalah untuk memberitahu kepada ahli akan visi dan misi pembawakan kepimpinan pada tahun ini. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penganugerahan watikah perlantikan kepada mandub dan mandubah bagi setiap cawangan seluruh Mesir dan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada ahli yang berjaya dalam peperiksaan baru-baru ini iaitu seramai 47 orang dan anugerah IMPIAN’11 bagi mereka yang bertuah.
Majlis kemuncak ini diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Al-Wadi PMRAM dan disertakan dengan upacara gimik bagi program IMPIAN ’11 untuk ahli yang bertuah yang menyambut hari lahir pada bulan 11. Majlis bersurai tepat pukul 10.45 malam dan semua ahli dijemput menjamu selera pada akhirnya.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL