SWAD : Merealisasi Agenda Pembangunan Mahasiswi

KAHERAH , 30 Sept- Skuad Wajadiri PMRAM (SWAD) telah mengadakan program Seminar Beladiri Wanita 2011 (SENJATA Siri 2) kelmarin, berkesinambungan daripada SENJATA 2010.

Program yang bertemakan “Santun berbudi, Pencak beraksi” ini telah dirasmikan oleh Saudari Nurul Arifah Hilmi selaku Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM 2011.

Diantara objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswi dalam memahami ilmu beladiri dengan mudah dan sistematik. Di samping itu, ia juga untuk mencungkil bakat anak-anak Melayu di bumi Mesir.

Pelbagai pengisian yang menarik ditampilkan antaranya persembahan silat dan taekwando, warm up & stretching serta fitness.Kemudiannya program diteruskan dengan Talk Show mengenai peranan mahasiswi dalam masyarakat hari ini serta Bengkel Praktikal berkaitan Teknik-teknik Asas bagi mempertahankan diri.

“Sebenarnya seni beladiri ini bukan sahaja untuk mengasah bakat, malahan sebagai satu ilmu tambah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan realiti kehidupan sekarang yang amat memerlukan kepada ilmu mempertahankan diri lebih- lebih lagi bagi mahasiswi khususnya, ” ujar Saudari Nurul Arifah Hilmi.

Perkara ini sejajar dengan kehendak PMRAM yang mahukan ahlinya mantap dengan thaqafah dan pelbagai kemahiran dalam mengharungi mehnah hidup masyarakat disini dan Malaysia kelak.

Program berakhir dengan kalam penutup yang disampaikan oleh Saudari Nurain Yaacob selaku Timbalan Pengerusi HEWI dan beliau memberi penekanan dari aspek mahasiswi sebagai [generasi Y] iaitu sebagai generasi pelengkap atau pencetus kearah perubahan. Selari dengan pembawakan HEWI PMRAM pada tahun ini yang memfokus kepada agenda pembangunan mahasiswi berthaqafah dan berketrampilan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL