MISI MEMBURU KEBERKATAN PARA AULIA' BERJAYA TERLAKSANA

6 OktoberKAHERAH, Unit Sambutan dan Rehlah (USR) bersama Unit Sambutan Mahasisiwa Baru (USMB) telah menganjurkan Rehlah Maqam Para Aulia’ di sekitar Kaherah. Seramai 21 peserta telah menyertai rehlah tersebut. Perjalanan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Antara maqam yang telah dilawati ialah maqam Sheikh Soleh Al-Jaqfari, Imam As-syafie, Imam Wakiq, Sayyidah Zainab, Sayyidah Nafisah, Rabiatul Adawiyah, Ibnu Hajar Al-Asqolani, Wali Soqir, Ibnu Hisyam, Sheikh Zakaria Al-Ansori, Imam Romly, Sultan Hanafi, dan sebagainya. Setelah itu, apabila selesai menziarahi maqam aulia’, perjalanan diteruskan lagi ke Jabal Muqottom yang merupakan salah sebuah bukit bersifat kering-kontang disebabkan kisah-kisah yang berlaku ke atas Baginda Nabi Musa A.S. Rehlah selesai keseluruhannya dan pulang semula ke Asrama Pulau Pinang pada pukul 5.00 petang.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963