KUTUB SITTAH 3 : Ahli Cakna Kepentingan Ilmu Islam

KAHERAH, 25 Okt - Pendaftaran ahli PMRAM di dalam Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3 yang melebihi 900 orang membuktikan sikap peduli ahli di dalam memperkasakan ilmu pengetahuan Islam di dalam diri masing-masing.

Pendaftaran yang dibuka sejak 22 September 2011 bagi menyertai majlis tersebut mendapat kerjasama yang amat memberansangkan daripada seluruh Unit Pendidikan PMRAM Cawangan.

Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke 3 yang dijadualkan akan berlangsung pada 29,30 dan 31 Oktober ini bakal diadakan di Dewan Nadi Riadhi,Hayyu Sadis.

"Pihak PMRAM amat berharap agar objektif Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke 3 ini berjaya dicapai bagi merealisasikan Ucapan Dasar Presiden 2011, Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama" ujar saudara Ahmad Daniel B Mohmad Hassan, Selaku Pengarah Program Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri ke 3 merangkap Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.

Sumber : www.pmram.org

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963