JAULAH HEWI KE PORT SAID TERBAIK

PORT SAID,16 OKTOBER - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) telah menganjurkan jaulah ke Port Said khusus untuk mahasisiwi baru BKPPPM bagi sesi kali ini.

Antara tujuan utama jaulah ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli HEWI BKPPPM di samping membeli-belah dan menziarahi tempat-tempat pelancongan yang menarik di sekitar Port Said.


Jaulah yang julung kali dianjurkan bagi sesi ini telah disertai oleh sembilan orang mahasiswi baru bersama lima orang pengiring dan dua orang musyrif.

Pihak penganjur mendapat reaksi yang positif daripada ahli-ahli HEWIi yang kebanyakannya berasa gembira dan berpuas hati dengan jaulah yang diadakan. Naib Pengerusi HEWI apabila ditemuabual berkata “Jaulah Port Said ini bukanlah program yang acap kali dianjurkan untuk ahli-ahli HEWI BKPPPM tetapi pada sesi ini kita berjaya menganjurkannya dan amat beruntunglah bagi ahli yang menyertainya dan Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar ”.

Semoga jaulah pada kali ini mampu merealisasikan misi dan visi BKPPPM sesi 2011/2012.

    Comments

    Popular posts from this blog

    Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

    FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

    SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963