Isu Akidah Dan Hudud : Resolusi SMATT

Solidariti Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) telah mengadakan satu perbincangan khusus ekoran isu semasa yang hangat diperbincangkan diMalaysia iaitu berkaitan isu akidah dan hukum hudud.

Hal ini berikutan, isu berkaitan yang diperbincangkan dilihat dari sudut agama bukan dari sudut politik. Justeru, SMATT merasa terpanggil untuksama-sama berbincang dalam membawa suara Mahasiswa di Timur Tengah berkenaan dengan isu-isu yang berlaku.

Secara jelasnya, SMATT yang membawa suara Mahasiswa di Timur Tengah merasa amat bimbang dengan kajian yang dilaporkan berikutan MahkamahSyariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 sehingga 2010.

Ia menunjukkan betapa rapuhnya akidah masyarakat Islam di Malaysia apabila kes yang dilaporkan begitu banyak.

Selain itu, berkaitan isu hudud, SMATT meminta agar semua pihak tidak menjadikan isu hudud dari sudut politik bahkan ia mesti diperbincangkan darisudut agama agar tiada sensitiviti agama yang terusik.

Hal ini demikian apabila banyak pihak yang tidak sepatutnya yang sengaja menimbulkan isu hudud bahkan melontarkan pandangan yang bukan-bukankepada hudud yang merupakan hukuman dalam Islam sehingga boleh menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia.

Justeru, hasil perbincangan bersama, berkenaan isu akidah dan hudud, SMATT meletakkan beberapa perkara :-
1. Kerajaan mesti mewujudkan enakmen undang-undang khusus bagi mengatasi masalah murtad yang sangat parah.
2. Mencadangkan agar kerajaan mnganjurkan seminar dan majlis penerangan mengenai akidah dan undang-undang Islam.
3. Kerajaan mesti mengawal media yang berbentuk hiburan yang boleh menjejaskan akidah dan merosakkan sosial.
4. Kerajaan mesti melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh dalam masa terdekat selepas gerak kerja penerangan selesai dilaksanakan.
5. Memberikan penekanan terhadap silibus pengajian Islam di sekolah-sekolah bermula di sekolah rendah sehinggalah ke universiti.

Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Mohammad Hussin Mohd Fauzi
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)

Muhammad Hazuanuddin Sofian
Presiden
Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS)

Muhammad Fakhruddin Arrazi Bin Misni
Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Morocco (PMMM)

Mohd Firdaus Hj Atan
Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA)

Mohd Fazlii Shafiee
Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan
(PMMS)

Sumber : www.pmram.org

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963