Somalia : PMRAM Serah Sumbangan Kutipan Kali Pertama

KAHERAH, 6 September - Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan, Saudara Syeikh Mohd Mujahid berkata bahawa serahan pertama bagi kutipan sumbangan untuk Somalia telah pun dilakukan semalam, pada jam 2 petang.
Serahan tersebut diserahkan oleh wakil PMRAM kepada sebuah NGO yang yang menguruskan sumbangan khusus sempena isu Somalia yang berlaku.
Sebanyak LE 10,000 telah pun diserahkan untuk serahan kali pertama ini.
Baki kutipan akan diserahkan selepas RAMAH '11.
Beliau juga menyatakan bahawa kutipan untuk Somalia akan diteruskan lagi sehingga RAMAH '11 pada 7 September.
Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM akan meletakkan tabung di RAMAH '11 bagi sama-sama mengajak ahli yang hadir untuk menyumbang.
"Isu Somalia sekarang merupakan isu utama dalam konteks kemanusiaan pada hari ini. PMRAM juga akan teruskan kutipan sehingga 7 September ini. Insyaallah, serahan kali kedua akan dilakukan selepas 7 September," ujar Saudara Syeikh Mohd Mujahid.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL