Penangguhan Konvensyen PMRAM & DPM ‘11

KAHERAH, 15 Sept - Penganjuran konvensyen PMRAM & DPM ’11 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September ini sebagaimana yang dimaklumkan sebelum daripada ini terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Hal ini disebabkan oleh berlaku beberapa pertembungan sumber tenaga yang agak kritikal ekoran daripada kedatangan mahasiswa baru ke perlembahan Nil ini lebih-lebih lagi tuan rumah kepada Konvensyen kali ini iaitu DPM Tanta yang terpaksa mengerah sumber tenaga semaksima mungkin bagi membantu Perubatan Cawangan Tanta (PCT) menyambut dan membuat persiapaan menerima ketibaan mahasiswa baru di sana.
Justeru, setelah meneliti, mengkaji, berbincang dan menilai pendapat serta pandangan ahli-ahli, pihak PMRAM bersetuju untuk menangguhkan konvensyen tersebut ke suatu tarikh yang lain.
Oleh yang demikian pihak PMRAM mengharapkan agar setiap pimpinan sama ada di peringkat cawangan BKAN mahupun DPM supaya menggunakan peluang penangguhan konvensyen ini sebaik mungkin bagi melicinkan gerak kerja perjalanan USMB dan juga persiapan imtihan qabul mahasiswa baru yang bakal diadakan tidak lama lag” . ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali selaku Pengarah Konvensyen PMRAM & DPM ‘11
“ Di sini juga, Pihak PMRAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahlijawatankuasa pelaksana Konvensyen PMRAM & DPM ’11 yang telah banyak mencurahkan masa dan tenaga dalam membuat persiapaan dan persediaan menghadapi konvensyen ini semenjak awal bulan Julai lagi. Mudah-mudahan keringat yang dicurahkan dinilai di sisi Allah s.w.t kelak ”. Tambah beliau lagi

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963