Konvokesyen : PMRAM Bawa Suara Mahasiswa Ke TYT Duta & Pengarah EME

KAHERAH, 10 Sept - Mengenai desakan ahli kepada PMRAM mengenai konvokesyen, PMRAM sudah membawa suara mahasiswa ke peringkat TYT Duta, Dato Fakhruddin dan Pengarah EME, Dr Suaidi.

PMRAM menyatakan bahawa mahasiswa agak kurang selesa dengan keberadaan seorang pegawai EM, En Khairi Jalalludin dalam Konvokesyen anjuran EME menyebabkan mahasiswa kurang berminat untuk berdaftar.

Hal ini ekoran, selepas kegiatan-kegiatan En Khairi Jalalludin yang telah terdedah baru-baru ini jelas melanggar etika sebagai seorang penjawat awam sehingga menyebabkan timbul perasaan kurang menyelesakan di kalangan mahasiswa.
Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman berkata bahawa beliau sendiri telah menghubungi Pengarah EME pada 6 September bagi menyatakan suara mahasiswa.
Begitu juga beliau bersama-sama Penasihat PMRAM, Saudara Azlan Hj Alias telah memberitahu TYT Duta mengenai kedudukan En Khairi Jalalludin sebagai salah seorang pelaksana Konvokesyen EME yang tidak disenangi oleh mahasiswa Islam di Mesir.
Walaubagaimana pun, PMRAM memaklumkan bahawa keputusan mengenai permintaan suara mahasiswa adalah terletak kepada pihak EME untuk menimbangnnya.
"Kita sudah membawa suara mahasiswa ke pihak yang sepatutnya. PMRAM menyerahkan pihak EME menimbang dengan sewajarnya demi meraikan kehendak mahasiswa," jelas Presiden PMRAM.
Berkenaan desakan mahasiswa untuk PMRAM menganjurkan konvokesyen, PMRAM memaklumkan bahawa ia masih diperbincangkan lagi. Segala maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL