Imtihan Qabul : Malaysia Dan Mesir

KAHERAH, 2 September -Ujian kelayakan (Imtihan Qabul) bagi pemgambilan Universiti Al-Azhar sesi 2011/2012 akan diadakan di Malaysia dan di Universiti Al-Azhar Mesir.

Pelajar-pelajar yang tidak mengambil peperiksaan tersebut di Malaysia diwajibkan untuk mengambil peperiksaan itu di Mesir .

Mereka yang gagal didalam ujian tersebut akan menjalani Kursus Intensif Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar.
Peperiksaan kelayakan ini bertujuan untuk menguji tahap penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar sebelum menerima sistem pembelajaran di Universiti Al-Azhar yang memerlukan kepada kefahaman bahasa Arab yang tinggi.
"Pihak PMRAM melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa akan mengadakan beberapa program pendidikan bagi membantu meningkatkan taraf akademik pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan kelayakan di Mesir" ujar Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011, Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL