Feqh Dakwah Memimpin Fasilitator PMRAM

KAHERAH, 8 Sept - Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM dibawah Jabatan Fasilitator mengadakan perjumpaan bulanan bersama Ketua Jabatan Fasilitator Cawangan bertempat di Wisma Perak A.


Perjumpaan tersebut adalah rutin diperingkat Jabatan Fasilitator PMRAM bagi mempertingkatkan kualiti Muzakarah Berkelompok diperingkat PMRAM.

Dalam perjumpaan bulanan tersebut, seluruh Ketua Fasilitator diperingkat Cawangan dibentangkan dengan pengisian Feqh Dakwah oleh Pengerusi Jabatan Fasilitator PMRAM, Saudara Muhammad Mujahid Ir Fadzil.

"Sebagai fasilitator perlu memahami Feqh Dakwah dengan mendalam, Kebijaksanaan dalam memahami Feqh Dakwah cukup penting sebelum mahasiswa terjun ke medan masyarakat yang cukup mencabar" ujar Pengerusi Jabatan Fasilitator PMRAM.

"Antara punca kelemahan pendakwah adalah tidak memahami Feqh Dakwah dengan baik serta menyebabkan amal Islami menjadi kucar kacir. Maka perlunya ilmu ini bagi memupuk kefahaman dikalangan mahasiswa sebelum terjun medan masyarakat " ujar beliau.

Turut hadir, Naib Presiden I Mohd Faizzudin Ghazali merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM dan Nurul Hasanah Yahuza, Naib Pengerusi HEWI II merangkap Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI PMRAM.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL