Catatan: Demontrasi dan rempuhan kedutaan Israel di Kaherah



10 September 2011

09 September 2011

11:30 malam, waktu Mesir: Para demonstran merempuh bangunan yang menempatkan kedutaan Israel di Kaherah. Kelihatan surat-surat dan dokumen berterbangan jatuh dari tingkat 17 bangunan terbabit yang menjadi tempat simpanan arkib dokumen kedutaan Israel, manakala tingkat 18 dan 19 adalah apartmen yang digunakan sebagai pejabat kedutaan Israel. Menurut pemberita Al-Jazeerah, para demonstran marah akibat tindakan Israel yang membunuh 4 tentera Mesir sewaktu operasi Eilat berlaku. Jelas lagi, para demonstran turut merempuh dan memecahkan sebahagian tembok simen di hadapan bangunan kedutaan Israel.

Gambar: Atas, 3 tingkat dari bangunan ini menempatkan pejabat kedutaan Israel yang bermula dari tingkat ke-17. Bawah(kecil), tembok simen yang dipecahkan oleh para penunjuk perasaan di hadapan bangunan kedutaan Israel di Kaherah petang semalam.

10 September 2011

12:50 pagi, waktu Mesir: Pihak Polis Persekutuan berusaha menyuraikan para penunjuk perasaan yang merempuh bangunan kedutaan Israel di Giza, Kaherah.

Polis menggunakan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan. Sehingga kini dijangkakan 448 orang cedera(termasuk polis) akibat pertempuran yang meletus antara pihak berkuasa dengan penunjuk perasaan di hadapan bangunan kedutaan Israel dan Jabatan Keselamatan Giza.

Jelas lagi, lebih 25 buah kereta perisai dikerahkan ke lokasi kejadian.

01:10 pagi, waktu Mesir: Selepas kejadian rempuhan bangunan kedutaan Israel, Obama(Presiden US) menghubungi Benjamin Netanyahu(PM Israel).

Menurut White House, Obama melahirkan rasa terlalu bimbang disebabkan kejadian yang berlaku di hadapan bangunan kedutaan Israel.

Jelas Al-Jazeerah, Obama meminta Mesir agar melindungi kedutaan Israel.

01:30 pagi, waktu Mesir: Duta Israel tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah menanti pesawat khas untuk pulang ke Tel-Aviv. Seperti yang dilaporkan, Menteri Luar Israel yang memanggil Duta Israel pulang. Turut bersama Duta Israel, ahli keluarganya, para diplomat Israel yang lain, pekerja-pekerja kedutaan dan puluhan dari warga Israel.

02:30 pagi, waktu Mesir: Menurut Al-Jazeerah, Menteri Dalam Negeri Mesir mengumumkan keadaan 'berjaga-jaga' serta membatalkan cuti kepada seluruh anggota polis.

03:05 pagi, waktu Mesir: Sumber keselamatan dalam Kementerian Dalam Negeri berkata, wujudnya tangan-tangan luar menjadi dalang di sebalik kejadian rempuhan di hadapan bangunan kedutaan Israel di Kaherah dan Jabatan Keselamatan Giza.

03:20 pagi, waktu Mesir: Duta Israel telah beredar dari terminal VIP menuju ke pesawat khas yang datang untuk membawanya.

03:25 pagi, waktu Mesir: Sehingga kini, pihak polis masih bertempur dengan para penunjuk perasaan di lokasi kejadian.

Berhubung kejadian ini, Gerakan 6 April(Mohammad Adil, anggota Biro Politik 6 April) menuduh pengikut-pengikut Mubarak mencetuskan huru-hara bertujuan menghancurkan misi revolusi 25 Januari dan menjerumuskan Mesir kepada keadaan huru-hara.


04:15 pagi, waktu Mesir: Seramai 17 orang telah ditangkap berhubung kejadian rempuhan kedutaan Israel.

04:15 pagi, waktu Mesir: Duta Israel bersama puluhan lagi warga Israel telah meninggalkan Kaherah menuju ke Tel-Aviv.

Sumber: Berita Al-Jazeerah
Siaran berita langsung Al-Jazeerah Mubasheer

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL