BKPPPM PrihatinTindakan Paksaan Ke atas Mahasiswa\wi


Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir melahirkan rasa simpati dan prihatin terhadap beberapa orang mahasiswa\wi tahun akhir Mansurah dan Shoubra yang dipaksa untuk mendaftarkan diri dalam Konvokesyen anjuran EME dan KBMK sebagai syarat sebelum mendapatkan tanda tangan dan pengesahan terjemahanl.

Sepertimana hasil perjumpaan PMRAM bersama Encik Khairi baru-baru ini,menyatakan bahawa ketetapan mendaftar Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan sijil merupakan cadangan dipihak Encik Khairi sahaja bukan daripada pihak EME.

Sehubungan itu,kami pihak BKPPPM berpendirian teguh untuk menolak tindakan tidak professional pihak yang terbabit ini.

Realiti yang berlaku ini,memungkinkan masalah lain akan timbul.Sama-samalah bertindak dengan wajar agar mahasiswa\wi tidak terus dizalimi dan dinafikan hak mereka.

Akhirnya,BKPPPM sentiasa bersama-sama menghadapi isu ini dan bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan demi meningkatkan integriti mahasiswa\wi Islam.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL