Bantuan Jam'iyyah Syar'iyah Bulan Syawal 1432H

KAHERAH, 11 Sept - Bantuan bulanan Jam'iyyah Sar'iyyah bagi bulan syawal 1432H dimaklumkan telah keluar.
Dalam perjumpaan bulanan di antara pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bersama pihak Jami'yyah Syar'iyyah, mereka telah memaklumkan bahawa penerima bantuan Jam'iyyah Sar'iyyah sudah boleh mengambil bantuan bulanan masing-masing bermula hari ini.
Sehubungan dengan itu, seluruh penerima bantuan Jam'iyyah Sar'iyyah bolehlah mengambil bantuan bulanan masing-masing bermula hari ini sehinggalah hari sabtu hadapan bersamaan 19 Syawal 1432H iaitu 17 September 2011 di Masjid Syarbini, Haiyyu Asyir bermula pada pukul 10 pagi.
"Hasil hubungan yang kukuh di antara PMRAM dan pihak Jam'iyyah Sar'iyyah, PMRAM sentiasa optimis untuk terus melaksanakan agenda kebajikan kepada ahli selaras dengan kesatuan yang telah terlaksana dalam PMRAM sejak dahulu lagi", ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika di hubungi.
"Penerima bantuan bulanan juga diingatkan untuk tidak lupa mengambil bantuan masing-masing sebagaimana waktu yang telah ditetapkan dan membawa bersama passport dan nombor bantuan bulanan", ujar beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL