Kolokium Ilmuan Siri II Sasar Mahasiswa Sesi 2010/2011
KAHERAH, 4 Ogos - Lajnah (Unit) Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2011 mensasarkan mahasiswa dan mahasiswi sesi 2010/2011 untuk menghadiri program Kolokium Ilmuan Siri II yang bakal berlangsung hari Sabtu dan Ahad ini.
Program tersebut yang bermula jam 8 pagi dan akan selesai sekitar jam 12 tengahari. Pembahagian tempat bagi mahasiswa adalah di Wisma A Perak, manakalah bagi mahasiswi akan diadakan di Wisma Sultan Muhammad V Kelantan.
Program ini bakal menghimpunkan seluruh mahasiswa dan mahasiswi sesi 2010/2011 dari pelbagai negeri.
"Setakat ini, pendaftaran peserta berjalan dengan lancar. Kita mengharapkan komitmen yang tinggi dan sepenuhnya dari seluruh cawangan yang hadir." ujar Pengarah Kolokium Ilmuan Siri II PMRAM, Abdul Nafi' Taqiuddin Mohd Roslan ketika ditemui selepas mesyuarat penyelarasan terakhir petang tadi.
"Kita mahu setiap mahasiswa dan mahasiswi dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada program Q kali ini. Sebanyak 3 pengisian menarik selama 2 hari ini iaitu Ukhuwwah Islamiyah, Wacana Pemikiran berkaitan Amar Makruf Nahi Mungkar serta diskusi kitab Thaqafah Daieah" ujar Penyelaras Induk Kolokium Ilmuan PMRAM, Mohd Faroaq Ghazali.
"PMRAM tetap melaksanakan program dan aktiviti di bulan Ramadhan demi membina kesatuan serta pemikiran dikalangan mahasiswa. Lapar dan dahaga tidak sedikitpun menganggu untuk mengadakan program Q di bulan Ramadhan", ujar Naib Presiden I Mohd Faizzudin Ghazali merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM.
Beliau juga menyatakan pentingnya mahasiswa bersama dengan program Kolokium Ilmuan sejak dari awal kerana ia menerapkan fikrah Islamiyah demi untuk menjaga kelansungan dakwah.
Comments