ARMA: Antara Kebajikan & Bahan Ugutan


Semenjak penafian awal hak PMRAM dalam meduduki anjung ARMA yang sudah pun berlalu selama hampir dua dekad, siri demi siri penafian hak telah dilalui PMRAM dan juga ahlinya.

Setiap peristiwa dan catatan kronologi daripada setiap penafian hak tersebut memberikan kesan yang cukup mendalam dan dapat dilihat hingga kini.

Bagaimana kita lihat hak yang telah dipersetujui antara PMRAM dan pihak kedutaan iaitu kuasa pemutus kepada dasar pentadbiran ARMA perlu melibatkan 3 orang wakil badan pengurus telahpun dihapuskan daripada peraturan ARMA 1981 tanpa perbincangan secara bersama dengan pihak PMRAM.

Ketiadaan 3 orang wakil PMRAM dalam struktur jawatankuasa pemutus dasar pentadbiran ARMA untuk membuat keputusan sekaligus sebagai ahli mesyuarat telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif terhadap pihak-pihak tertentu.

Ini dapat kita lihat apabila keputusan yang hampir merenggut hak bersuara 3 orang mahasiswa yang menetap di ARMA yang telah diugut untuk dikeluarkan daripada ARMA ekoran terlibat dengan perhimpunan BERSIH baru-baru.

Sekaligus memperlihatkan betapa pentingnya perjuangan untuk mendapatkan kembali hak keberadaan 3 orang wakil PMRAM dalam jawatankuasa lembaga itu.

Ini kerana, seperti yang termaktub dalam peraturan asrama tahun 1981, PMRAM mempunyai kuasa dalam kumpulan mesyuarat Pentadbiran dan pengurusan ARMA. Berikut senarai Ahli Jawatankuasa asal pentadbiran dan pengurusan ARMA :

1. Pengarah, JPM (Pengerusi)
2. Penyelia Asrama (Setiausaha)
3. Pegawai Kebajikan (I) JPM
4. Pegawai Kebajikan (II) JPM
5. Juruwati Asrama
6. Tiga orang wakil PMRAM

Ahli Jawatankuasa ini merupakan badan tertinggi yang berhak membuat dasar dan keputusan serta menjadi penasihat dan menimbang sebarang rayuan dari pelajar.

Walaupun bilangannya hanya 3 daripada 8, sekurang-kurangnya pihak PMRAM dapat menyatakan pendiriannya terhadap sesuatu keputusan. Akan tetapi kumpulan Ahli Jawatankuasa ini dibubarkan dan diubah tanpa restu dan persetujuan PMRAM dan sekaligus menafikan hak keberadaan PMRAM di ARMA.

Tujuan asal perjuangan orang-orang dahulu untuk mendirikan sebuah asrama adalah untuk kebajikan anak-anak Melayu yang belajar di sini, namun kini asrama tersebut iaitu ARMA telah dijadikan sebagai ‘senjata’ dan bahan ugutan bagi mahasiswa yang berani bersuara menyatakan pendapat mereka.

Usaha untuk mendapatkan semula ruang pejabat PMRAM di ARMA telah pun dimulai dan dilakukan oleh mereka terdahulu yang cintakan hak dan kebajikan.

Maka, peranan kita pulalah dalam selaku mata rantai penerus perjuangan untuk mempertahankan tujuan murni mereka itu agar ianya kekal menjadi tujuan kebajikan dan tiada unsur memberatkan terhadap mana-mana individu yang bersuara.

Bersama-samalah kita memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya dikecapi oleh PMRAM.

Dan bangkitkanlah sensitiviti dan semangat sesama ahli dalam memperjuangkannya.

Tidak lain tidak bukan hanya untuk kebajikan kepada seluruh mahasiswa.

‘ARMA : Hak Kita & Jasa Mereka “
Semarak Gelombang Kuning,

Disediakan oleh :
Muhammad Nadzir b. Jamaluddin
Pengarah
Unit Panitia ARMA
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL