Skim Saham Waqaf PMRAM Bakal Dilancarkan


KAHERAH, 27 Julai : Hasil perbincangan dan kesepakatan Unit Dana Syaqah di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2011, satu skim di bawah Unit Dana Syaqah PMRAM bakal dilancarkan di seluruh peringkat ahli iaitu Skim Saham Waqaf PMRAM.

Skim Saham Waqaf yang bakal dilancarkan itu diwujudkan sebagai salah satu alternatif untuk menjayakan Misi Dana Syaqah PMRAM selain sebagai satu flatform dalam menghidupkan dan menyuburkan amalan berwaqaf yang sangat dituntut dalam islam di kalangan ahli.

Atas perbincangan rapi Unit Dana Syaqah PMRAM bersama ahli jawatankuasa, persetujuan telah dicapai untuk mengecilkan sasaran sebanyak LE 1.5 juta kepada LE 700,000 pada sesi ini. Ia dilakukan bagi memperkasakan momentum dan suasana di kalangan ahli dalam membantu menjayakan gerak gempur misi dana syaqah tersebut.

Pada peringkat awal, jumlah saham yang akan dibuka kepada ahli adalah sebanyak 2500 saham dengan kadar LE50 bagi setiap saham.

“Skim Saham Waqaf yang bakal dilancarkan ini merupakan hasil kajian dan perbincangan yang telah dijalankan oleh PMRAM sejak dua tahun lepas lagi. Ia diharapkan mampu memberi satu nafas baru kepada seluruh ahli untuk bersama-sama membantu mendapatkan dana Syaqah PMRAM”, ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011

Segala maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa. Sila layari Laman Web Rasmi PMRAM dan Blog Unit Dana Syaqah PMRAM.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL