PMRAM Bertemu Rektor Al-Azhar

KAHERAH ,17 Julai - Langkah PMRAM dalam meneruskan usul PMRAM yang telah disepakati dalam Muktamar PMRAM yang lepas iaitu meneruskan kelangsungan mahasiswa di Mesir.

Satu pertemuan hari ini telah diaturkan di antara PMRAM dan pihak pengurusan Universiti Al-Azhar di Pejabat Rasmi Rektor Universiti Al-Azhar.
Pertemuan PMRAM yang diwakili Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman Presiden PMRAM 2011 dengan Dr.Usamah Al-Abd selaku Rektor Universiti Al-Azhar.
Beberapa perkara yang telah diperbincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya penghantaran mahasiswa ke muhafazah cawangan .
Pihak beliau bersetuju untuk memanjangkan perkara tersebut kepada peringkat Syeikh Al-Azhar sendiri .
Turut serta dalam pertemuan itu, Timbalan Presiden PMRAM 2011 Saudara Abdul Aziz bin Ali dan Saudara Ahmad Daniel bin Mohmed Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.
Di akhir pertemuan tersebut, Presiden PMRAM menyampaikan cenderahati kenangan daripada PMRAM.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963