Matrikulasi Al-Azhar : Daurah Saifiyyah


KAHERAH, 21 Julai- Keputusan peperiksaan bagi mahasiswa Matrikulasi Al-Azhar baru-baru ini begitu memberansangkan sekaligus membuktikan kesungguhan mereka dalam pengajian yang dipelajari.

Walau bagaimanapun bagi mahasiswa yang gagal perlu, mereka perlu mengikuti Pengajian Musim Panas ( Daurah Saifiyyah ) yang akan bermula Isnin ini.
Pengajian tersebut akan berjalan selama 40 hari sebelum mereka dapat mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar dalam jurusan yang dipohon sebelum ini.
"Pelajar yang gagal dalam peperiksaan lepas wajib mengkuti pengajian tersebut dan setelah tamat akan terus mengikuti pengajian di dalam bidang yang dipohon dalam borang kemasukan Universiti Al-Azhar" ujar Saudar Ahmad Daniel bin Mohmad Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.
PMRAM mengucapkan tahniah kepada mahasiswa Matrikulasi Al-Azhar yang berjaya dan semoga terus mempertingkatkan kecemerlangan akademik dalam memartabatkan bangsa dan agama

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL