Jentera perang zionis ceroboh Gaza


29 Mac 2011

Laporan asal jam 08.21 pagi, Palestin/Mesir
Jam 02.21 petang, waktu Malaysia

GAZA - Jentera perang rejim zionis telah menceroboh timur daerah Qararah, Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza pagi ini.

Pemberita Safa melaporkan, sebanyak 4 buah jentolak tentera dan 3 buah jentera perang zionis dilihat mara ke tanah pertanian penduduk Palestin di timur daerah Qarara bertolak dari pos tentera Kissufim. Tambahan Safa, jentera rejim zionis mengadakan operasi mengesan di kawasan berkenaan.

Berbalik kepada pencerobohan yang disifatkan terbatas, sumber menyebut, rejim zionis turut menghujani tembakan ke arah rumah-rumah penduduk di kawasan itu. Tiada laporan berhubung kecederaan.

Sebelum ini, hal pencerobohan sebegini menjadi kebiasaan kepada rejim zionis di tanah-tanah penduduk Palestin yang berhampiran dengan garisan sempadan dari arah utara dan timur. Pencerobohan yang bertujuan meratakan tanah serta operasi mengesan itu dijalankan sambil berlindung dengan melepaskan tembakan yang bertubi-tubi ke arah sasaran.


Memetik laporan pada 27/03/2011, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Gaza telah menyatakan persepakatan dalaman Palestin bagi memintas niat jahat dari tentangan musuh ke atas penduduk Palestin. Bagaimanapun, komitmen mereka dengan sikap bertenang(gencatan senjata) dan tidak meningkatkan tentangan selagimana rejim zionis memberikan komitmen yang sama. Sumber 29/03/2011, web berita safa.ps

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963