"Elakkan Terlibat Sebarang Demonstrasi" - Pemangku Presiden

abe zuh 25.jpgKAHERAH, 28 Mac - Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengingatkan kepada semua mahasiswa/wi Malaysia agar tidak terlibat dengan sebarang demonstrasi yang berlaku samada di jalanan mahupun di dalam universiti.

Beliau berkata sedemikian setelah melihat kepada demontrasi-demontrasi yang berlaku di beberapa universiti yang dianjurkan oleh warga tempatan Mesir.

"Walaupun demontrasi yang berlaku di dalam universiti tidak melibatkan politik, namun kita meminta mahasiswa/wi Malaysia agar tidak terlibat bagi keselamatan jangka masa yang panjang. Bahkan kita juga telah bertanya dengan pihak kedutaan mengenai isu ini. Kita telah sepakat, apa yang penting buat masa ini ialah mahasiswa/wi Malaysia fokus kepada akademik dan menjaga keselamatan sepanjang keberadaan di perantauan," jelas Pemangku Presiden.

Sehubungan itu, pihak PMRAM meminta agar semua mahasiswa/wi Malaysia mematuhi pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak PMRAM. Pekeliling keselamatan tersebut akan diedarkan di premis-premis BKAN dan DPM serta boleh merujuk di laman web rasmi PMRAM di w

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL