Taklimat Pulang Ke Malaysia


Kaherah, 2 Februari - Satu pertemuan tergempar telah diadakan di Dewan Soleh Al-Masri bersama semua pelajar Kaherah yang tinggal di asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) bagi menjelaskan maklumat terkini berhubung pemindahan seluruh mahasiswa Mesir ke Jeddah yang bermula hari ini sehingga 5 Februari. Majlis penerangan tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan yang Dipertua BKPPPM merangkap ketua unit penerangan.
Beberapa perkara telah sebut dalam perjumpaan tersebut diantaranya:
1) semua mahasiswa seluruh Mesir akan dipindahkan secara berperingkat ke Jeddah sebelum diterbangkan ke Malaysia bermula tiga muhafazah terdahulu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Mansurah. Baki muhafazah yang lain akan menyusul selepas selesai penghantaran pertama.
2) semua mahasiswa diminta supaya berada dalam keadaan bersedia setiap masa untuk berpindah. Diantara perkara yang perlu dibawa bersama ialah dokumen pengenalan diri, maklumat-maklumat penting serta pakaian sekurang-kurang untuk seminggu. Berat beg hendaklah tidak melebihi 7kg.
3) barang-barang yang hendak ditinggalkan di asrama hendaklah di simpan ditempat yang selamat dan kunci almari hendaklah diserahkan kepada biro perumahan
4) bekalan makanan daripada TUDM dijangka sampai esok (3 Februari 2011) dan akan dipusatkan di DMAK.
5) duit ahli yang disimpan kepada bendahari hendaklah diambil selewat-lewatnya 3 Februari 2011.
6) kepada ahli BKPPPM pengajian Islam dan perubatan yang berada di furu` dikehendaki melaporkan maklumat diri kepada pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) masing-masing dengan kadar yang segera untuk maklumat pemindahan.
7) kepada pelajar yang enggan pulang ke Malaysia, diminta mengisi surat akuan . Tujuannya, sekiranya kemalangan yang menimpa akan ditanggung oleh diri sendiri.

Akhir sekali, Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM mengingatkan semua mahasiswa supaya tidak terlibat dengan sebarang bentuk demontrasi disamping sentiasa menjaga keselamatan dan sentiasa mematuhi undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan Mesir.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL